Berita Harian

Jenazah Amirul Ashraff disemadi di Australia

-

Taiping: Jenazah penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut di Sydney, Australia, pada 6 Ogos lalu, selepas tergelinci­r dari pangsapuri kediamanny­a, tidak dibawa pulang, sebaliknya akan dikebumika­n di negara berkenaan.

Ibunya, Junaidah Ahmad, 46, berkata urusan bedah siasat serta siasatan pihak berkuasa masih berjalan dan pengebumia­n jenazah anak sulungnya akan dilakukan selepas semua prosedur selesai.

Beliau berkata, pengebumia­n anaknya diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan keluargany­a sepakat pengebumia­n dilakukan di Australia.

“Bila akan dikebumika­n kami belum tahu, kerana ketika ini masih menunggu semua urusan bedah siasat dan siasatan selesai.

“Insha Allah kami akan pergi ke sana selepas semua urusan selesai untuk menziarahi pusara anak kami nanti,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

BH sebelum ini melaporkan, Amirul Ashraff berasal dari Taiping di sini, dikatakan tergelinci­r dari aras 23 pangsapuri didiaminya yang terletak lima kilometer dari Universti Technology Of Sydney.

 ??  ?? Amirul Ashraff Md Azhar
Amirul Ashraff Md Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia