Berita Harian

Badan Khairat NSTP santuni asnaf

Tujuh ekor lembu dikorban, BERNAS sumbang 120 kampit beras di Balai Berita

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Badan Kebajikan dan Khairat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berkongsi kemeriahan sambutan Aidiladha dengan mengorbank­an tujuh ekor lembu di Balai Berita, di sini, semalam.

Pengerusin­ya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an, berkata ibadah korban itu adalah acara tahunan NSTP dan program kali ini disertai 40 orang termasuk ahli jawatankua­sa Badan Khairat dan sukarelawa­n NSTP yang bergotong-royong melapah daging, menimbang serta mengagihka­nnya kepada asnaf terpilih.

Beliau yang juga Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, berkata Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) turut menyumbang 120 kampit beras, manakala Harian Metro menyampaik­an barang keperluan harian kepada golongan asnaf yang dijemput khas memeriahka­n majlis berkenaan.

“Lima ekor lembu adalah sumbangan kakitangan NSTP, manakala masing-masing seekor lembu sumbangan Pejabat Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad dan syarikat Madness Film,” katanya selepas majlis agihan daging korban di Balai Berita, semalam.

Daging korban berkenaan diagihkan kepada Darul Furqan, Gombak dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), selain diberikan kepada orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal sekitar Lembah Klang.

Majlis penyampaia­n sumbangan daging korban itu disertai Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Risiko dan Governan Media Prima, Mohd Hisham Shazli dan Ketua Pegawai Eksekutif Madness Film, Shafirulni­zam Haron.

Yang turut hadir, Setiausaha Badan Khairat NSTP, Zamanuddin Jusoh, yang menyertai program melapah dan mengagihka­n daging lembu berkenaan.

 ?? [Foto Zunnur Al Shafiq/bh] ?? Ahmad Zaini dan Shafirulni­zam semalam. pada majlis Ibadah Korban Badan Khairat NSTP di Balai Berita, Kuala Lumpur,
[Foto Zunnur Al Shafiq/bh] Ahmad Zaini dan Shafirulni­zam semalam. pada majlis Ibadah Korban Badan Khairat NSTP di Balai Berita, Kuala Lumpur,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia