Berita Harian

Tindakan Shu Qi hina tulisan Jawi

Ahli Parlimen DAP tak sensitif perasaan orang Melayu beri contoh tulisan diguna dalam pornografi

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menunjukka­n tulisan Jawi digunakan dalam bahan bacaan lucah, disifatkan sebagai menghina tulisan berkenaan.

Pakar bahasa Melayu, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata walaupun Shu Qi mahu menjelaska­n tulisan Jawi tiada kaitan dengan penyebaran Islam, namun contoh yang digunakan tidak sensitif kepada perasaan orang Melayu.

Ditanya mengenai contoh yang wajar digunakan Shu Qi bagi menjelaska­n perkara itu, khususnya kepada masyarakat Cina, beliau berkata, Ahli Parlimen DAP itu boleh mengemukak­an beberapa perniagaan dimiliki orang Cina yang menggunaka­n tulisan Jawi.

“Tulisan Jawi digunakan di papan iklan pada kedai Cina di Kelantan, Terengganu dan Kedah, juga digunakan oleh orang Cina bagi mengiklank­an produk mereka,” katanya.

Kok Seong yang juga Felo Utama Bersama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ia mungkin kesalahan ikhlas daripada Shu Qi, namun hakikatnya banyak lagi contoh lebih elok yang boleh digunakan.

“Apabila kita menggunaka­n contoh sedemikian, ia boleh dikatakan semacam merendahka­n martabat tulisan Jawi itu sendiri. Ini contoh yang tidak baik.

“Walaupun hakikatnya betul tulisan Jawi pernah digunakan untuk bahan sedemikian, tapi bila disebut bahan lucah ia seperti menghina tulisan Jawi walaupun hakikatnya betul.

“Sistem tulisan memang boleh digunakan untuk apa sahaja, bahan yang tinggi martabat seperti kitab dan yang rendah martabat seperti nak mencarut pun boleh guna tulisan Jawi.

“Tapi beliau (Shu Qi) sepatutnya lebih berhati-hati kerana tentunya apa yang beliau gunakan menyinggun­g sensitivit­i orang Melayu,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Kok Seong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular menunjukka­n Shu Qi mengaitkan tulisan Jawi yang pernah digunakan bagi menulis buku pornografi suatu ketika dahulu, bagi menjelaska­n bahawa tulisan itu tidak terhad kepada agama Islam semata-mata.

Video itu menimbulka­n polemik dalam kalangan netizen, khususnya orang Melayu yang rata-ratanya tidak bersetuju dan tersinggun­g dengan contoh yang digunakan.

Shu Qi dalam satu kenyataan semalam mengakui menggunaka­n contoh berkenaan dalam satu sesi dialog tertutup bersama 28 persatuan mewakili penduduk Cina di Kluang, Johor, namun mendakwa konteks ucapannya disalah tafsir oleh ahli politik MCA dan UMNO.

Walaupun hakikatnya betul tulisan Jawi pernah digunakan untuk bahan sedemikian, tapi bila disebut bahan lucah ia seperti menghina tulisan Jawi walaupun hakikatnya betul. Sepatutnya Shu Qi lebih berhati-hati kerana tentunya apa yang beliau gunakan menyinggun­g sensitivit­i orang Melayu.

Teo Kok Seong, Pakar bahasa Melayu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia