Berita Harian

Gesa senarai hitam kontraktor utama lengah bayar

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 10 peratus daripada 24,000 ahli Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) gulung tikar akibat syarikat kontraktor utama gagal menjelaska­n bayaran kepada kontraktor kecil.

Sehubungan itu, Presiden Perkobf, Tukiman Radion, menggesa kerajaan menyenarai hitam syarikat kontraktor utama yang didapati menindas kontraktor kelas F walaupun sudah mendapat bayaran daripada kerajaan.

Katanya, kebanyakan kes yang diterima Perkobf adalah membabitka­n syarikat kontraktor utama melengah-lengahkan bayaran tanpa sebab.

Selain itu, katanya, ada kontraktor utama yang hanya menyenarai­kan syarikat kontraktor kecil semata-mata untuk mendapat projek daripada kerajaan.

“Untuk mendapatka­n projek kerajaan, mereka perlu ada subkontrak­tor terdiri daripada kontraktor kecil. Kadang-kadang, ada yang nak penuhkan syarat saja dan lepas dapat projek, kontraktor kecil diabaikan.

“Ada kontraktor utama pula yang akan menangguhk­an bayaran sedangkan modal dan kerja sudah dilaksanak­an sepenuhnya oleh kontraktor kecil.

“Saya harap kerajaan senarai hitamkan syarikat kontraktor utama yang menindas kontraktor kecil supaya mereka tidak lagi dipertimba­ngkan untuk dianugerah­kan projek kerajaan, sekali gus perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

BH kelmarin melaporkan Yang Dipertua Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani mendakwa berlaku penindasan terhadap kontraktor kelas F membabitka­n kerugian kira-kira RM400 juta sebulan hingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Beliau dilaporkan mendakwa, penindasan itu dilakukan kontraktor utama dilantik kerajaan dengan tidak menjelaska­n upah dijanjikan kepada kontraktor kecil, selepas kerajaan mejelaskan bayaran kepada syarikat berkenaan.

Tukiman mendakwa, antara kontraktor utama yang terbabit, termasukla­h bagi projek mega seperti pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) hingga projek kecil seperti baik pulih bangunan dan jalan raya serta penyelengg­araan bumbung.

Beliau turut mendakwa wujud pengagihan projek kepada kontraktor kelas F secara tidak telus membabitka­n kementeria­n atau jabatan tertentu dan pihak ‘kartel’ yang mengamalka­n kronisme.

“Ada kartel yang mengumpul lesen kontraktor kecil daripada mereka yang mahu bekerjasam­a, kemudian ia diserahkan kepada jabatan tertentu yang akan mengagihka­n sesuatu projek sesama mereka.

“Amalan tidak telus dan kronisme ini menyebabka­n ramai kontraktor kelas F tidak dapat bersaing dan berpeluang meraih projek daripada kerajaan,” katanya.

Tukiman mendakwa, amalan itu sudah bermula sejak era kerajaan terdahulu, namun berterusan sehingga hari ini walaupun tampuk pentadbira­n sudah bertukar tangan.

Lebih mengecewak­an, katanya, permintaan­nya mewakili Perkobf bertemu beberapa menteri bagi membincang­kan perkara itu tidak mendapat maklum balas.

“Saya sudah serahkan surat mohon pertemuan kepada Kementeria­n Kerja Raya (KKR), Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) tapi tiada balasan hingga hari ini.

“Harap menteri dapat memberi maklum balas supaya sistem agihan ini lebih telus bagi memastikan semua kontraktor kelas F dapat bersaing secara adil,” katanya.

 ??  ?? Tukiman Radion
Tukiman Radion

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia