Berita Harian

Trafik ke ibu negara sesak, kenderaan bergerak perlahan

-

Kuala Lumpur: Keadaan trafik di beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan mula sesak berikutan jumlah kenderaan yang tinggi.

Setakat jam 8.30 malam semalam, Twitter Plustrafik melaporkan trafik di bahagian utara bergerak perlahan di Sungai Petani Selatan menuju ke arah Bertam serta Bukit Merah ke Alor Pongsu.

Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan tinggi di kawasan Sungai Perak ke arah Terowong Menora serta Jelapang ke Ipoh Utara.

Di bahagian tengah, Plustrafik melaporkan kenderaan bergerak perlahan di Simpang Pulai menuju ke arah Gua Tempurung; Tapah ke Sungkai; Tanjung Malim ke Sungai Buaya; Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menuju Nilai dan Bandar Serenia ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesesakan trafik turut berlaku di bahagian selatan apabila kenderaan bergerak perlahan sekitar Tangkak menuju ke Pagoh; Ayer Hitam ke Kulai; Tangkak ke Ayer Keroh dan Hentian R&R Ayer Keroh ke Simpang Ampat.

Setakat jam 8.30 malam semalam, Twitter Plustrafik melaporkan trafik di bahagian utara bergerak perlahan di Sungai Petani Selatan menuju ke arah Bertam serta Bukit Merah ke Alor Pongsu.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin /BH] ?? Aliran trafik bertambah di Lebuhraya PLUS petang semalam. di Hentian Rehat Restoran Jejantas Sungai Buloh ke Kuala Lumpur,
(Foto Mohd Yusni Ariffin /BH] Aliran trafik bertambah di Lebuhraya PLUS petang semalam. di Hentian Rehat Restoran Jejantas Sungai Buloh ke Kuala Lumpur,
 ?? (Foto Ramdzan Masiam /BH] ?? Keadaan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya PLUS arah Utara dekat Seberang Jaya, ketika tinjauan petang semalam.
(Foto Ramdzan Masiam /BH] Keadaan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya PLUS arah Utara dekat Seberang Jaya, ketika tinjauan petang semalam.
 ?? (Foto Hafiz Sohaimi/bh) ?? Keadaan aliran trafik sesak di Lebuhraya Pantai Timur menghala Kuala Lumpur di Plaza Tol Bentong, semalam.
(Foto Hafiz Sohaimi/bh) Keadaan aliran trafik sesak di Lebuhraya Pantai Timur menghala Kuala Lumpur di Plaza Tol Bentong, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia