Berita Harian

MCPF bimbang taktik baharu ‘Macau Scam’

-

Putrajaya: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bimbang dengan taktik licik sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunaka­n pelbagai kaedah baharu dan peranti terkini bagi memperdaya mangsa.

Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kebolehan sindiket terbabit berevolusi menggunaka­n pelbagai taktik baharu serta peranti terkini untuk menjadikan penipuan mereka sangat licik dan meyakinkan adalah sesuatu yang sangat membimbang­kan.

Beliau yang mengakui namanya turut digunakan sindiket bagi mendapatka­n wang daripada pegawai tertinggi organisasi dipengerus­ikannya, berkata penipuan oleh sindiket terbabit boleh dikatakan berlaku setiap hari.

“Kebanyakan mangsa adalah mereka yang berpencen kerana mempunyai wang simpanan di dalam bank, namun pegawai kerajaan, suri rumah, golongan pelajar dan berpendidi­kan tinggi juga kerap ditipu.

“Saya sendiri sudah membuat laporan polis apabila nama saya

Kebanyakan mangsa adalah mereka yang berpencen kerana mempunyai wang simpanan di dalam bank, namun pegawai kerajaan, suri rumah, golongan pelajar dan berpendidi­kan tinggi juga kerap ditipu.

Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan MCPF

digunakan oleh sindiket untuk mendapatka­n wang daripada pegawai tertinggi organisasi yang saya pengerusik­an. Sindiket itu menghubung­i mangsa menggunaka­n e-mel yang seolah-olah datang dari saya,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini mengenai kerugian akibat jenayah siber atau penipuan dalam talian di negara ini mencecah RM309.67 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil dilaporkan berkata, perkembang­an itu menunjukka­n penipuan dalam talian di negara ini seperti belum reda.

Statistik polis pula menunjukka­n kira-kira RM2 bilion setahun nilai kerugian direkodkan akibat penipuan jenayah komersial menerusi panggilan telefon atau laman sosial di negara ini sejak 2015 sehingga tahun lalu.

Jenayah komersial paling popular adalah tawaran pinjaman tidak wujud, skim pelaburan dari dalam dan luar negara, penipuan dalam talian atau e-dagang serta sindiket Macau Scam dan Love Scam.

Lam Thye berkata, menyedari betapa serius masalah itu, MCPF menerusi Jawatankua­sa Keselamata­n Siber dipengerus­ikan Prof Mohamad Fauzan Noordin akan berusaha mencari jalan menangani isu berkenaan dengan lebih berkesan.

“Jawatankua­sa ini akan merancang pelbagai program dan aktiviti yang boleh meningkatk­an kesedaran mengenai ‘Macau Scam’ dan pelbagai penipuan menggunaka­n pelbagai cara terbaru.

“Orang ramai juga dinasihatk­an lebih berhati-hati dan sentiasa berkongsi maklumat dengan ahli keluarga dan rakan jika dihubungi sindiket terbabit selain membuat laporan polis,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia