Berita Harian

Amanah Raya perluas saiz hartanah, kukuh portfolio

Syarikat sasar pertumbuha­n RM3B dalam tempoh 3-5 tahun

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Amanah Raya Bhd (Amanah Raya), syarikat pemegang amanah terunggul di negara ini komited memperkuku­hkan portfolio hartanahny­a dengan menyasarka­n peningkata­n saiz nilai hartanah berjumlah RM3 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Institusi pengurusan pewarisan itu menerusi anak syarikatny­a, Amanahraya - Kenedix REIT Manager Sdn Bhd akan memberi tumpuan untuk mengembang­kan saiz dana unit pelaburan hartanah (REIT) menerusi peningkata­n pengambila­lihan lebih banyak aset dan bangunan baharu, meskipun berdepan dengan pasaran hartanah yang perlahan.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya, Adenan Md Yusof, berkata pada masa ini, nilai hartanah yang dimiliki kumpulan berjumlah kira-kira RM1.5 bilion.

“Kami kini meninjau peluang dan potensi pembelian lebih banyak bangunan baharu bagi pengembang­an pelaburan hartanah kumpulan.

“Amanah Raya mensasarka­n pertumbuha­n hartanah dua angka kepada RM3 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya kepada

BH, dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, Amanah Raya menyasarka­n pembelian lebih banyak bangunan siap dan memiliki penyewa bagi memastikan ia mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun kepada syarikat.

“Hartanah sedia ada pada ketika ini merangkumi bangunan sekitar Lembah Klang yang terdiri daripada bangunan institusi seperti pendidikan, hotel, bangunan pejabat dan bangunan perindustr­ian.

“Justeru, kami kini meninjau hartanah berpotensi sekitar Lembah Klang kerana ia masih mampu memberi pulangan hasil tinggi kepada syarikat. Kami ingin mencari hartanah bernilai tinggi dan berkualiti selain memfokuska­n kepada bangunan komersial,” katanya.

Menyentuh mengenai pelaburan di luar negara, Adenan berkata, pihaknya belum bersedia untuk meninjau peluang pelaburan di pasaran antarabang­sa, sebaliknya memfokuska­n kepada hartanah dalam negara terutama sekitar Lembah Klang.

Mengulas situasi pasaran hartanah negara yang perlahan pada masa ini, beliau berkata, ia satu peluang baik kepada kumpulan untuk terus mengembang­kan saiz REIT.

“Ini adalah peluang dan masa terbaik untuk membeli hartanah. Jika kita membeli dalam keadaan yang baik, harga yang ditawarkan sememangny­a lebih tinggi.

“Jadi, kita perlu membeli ketika nilai pasarannya lebih rendah,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya Amanah Raya setakat ini tidak bercadang untuk menambah cabang perniagaan baharu seperti pemaju hartanah sebaliknya memfokuska­n kepada empat perniagaan teras sedia ada iaitu pentadbira­n amanah, wasiat, harta pusaka dan hartanah.

“REIT menyumbang kirakira 10 peratus daripada keseluruha­n pendapatan kumpulan,” katanya.

Amanah Raya mensasarka­n pertumbuha­n hartanah dua angka kepada RM3 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Adenan Md Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia