Berita Harian

TDM komited jadi perintis Biogas

-

TDM Bhd komited menjadi perintis Biogas apabila menandatan­gani perjanjian bina, kendali, milik dan pindah (BOOT) dengan Concord Biotech Sdn Bhd (CBSB) bagi pembanguna­n loji Biogas untuk kemudahan penjanaan kuasa di kedua-dua kilang kelapa sawitnya.

Selain itu, kumpulan Ladang-ladang Terengganu (KLLT), anak syarikat milikpenuh TDM, juga menandatan­gani perjanjian sewa pajak dengan CBSB untuk memajak tapak bagi tujuan pembanguna­n dan operasi kilang penjanaan kuasa Biogas.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak berhasrat untuk bekerjasam­a dalam membangun, mengendali dan mengekalka­n penjanaan kuasa berasaskan tenaga yang boleh diperbahar­ui.

Projek ini terdiri daripada dua loji Biogas yang bernilai RM36 juta menggunaka­n sistem lagun tertutup yang terletak di Kilang Minyak Sawit Kemaman dan Sungai Tong.

Penghasila­n Biogas dari pengeluara­n sisa kilang kelapa sawit (POME) akan digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Dalam perjanjian BOOT, pemaju bertanggun­gjawab dalam membiayai kos pembanguna­n sepenuhnya.

Pemaju atau pengendali akan mengendali­kan serta menyelengg­ara loji semasa tempoh penyerahan dan memindahka­n aset terbabit kepada TDMP selepas tamat tempoh penyerahan selama 21 tahun.

Kilang itu dijangka menghasilk­an lebih daripada empat megawatt tenaga elektrik setiap jam yang bakal dijual kepada TNB.

Pengerusi TDM, Raja Datuk Idris Raja Kamarudin, berkata projek itu adalah sebahagian daripada Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) pihaknya bagi menghasilk­an nilaian yang lebih tinggi berbanding aset sedia ada iaitu membabitka­n operasi di kedua-dua kilang.

“Hal ini juga bagi menyokong Dasar Kelestaria­n kami dalam penukaran ‘waste to wealth’ dan juga melindungi persekitar­an alam semulajadi.

“Kami akan meningkatk­an operasi dan latihan secara berterusan melalui inovasi, teknologi dan cara lain untuk mengurangk­an jejak karbon TDM.

“TDM akan melancarka­n inisiatif VCP yang lain dan Rancangan Pembanguna­n Perniagaan (BDP) dalam mengekalka­n kemajuan pada masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia