Berita Harian

Truefitt & Hill tambah nilai, kelas

-

Bakhache Luxuries (Malaysia) Sdn Bhd, pemegang francais induk bagi rantaian jenama Truefitt & Hill di Malaysia dan Asia Tenggara, yakin golongan kelas menengah bandar yang semakin meningkat di rantau ini dijangka merangsang pertumbuha­n perniagaan syarikat pada masa depan.

Dikenali sebagai ‘gentlemen barbershop’ dan diiktiraf dalam Guinness Book of World Records sebagai kedai gunting rambut lelaki tertua di dunia, Truefitt & Hill adalah tukang gunting rambut dan pemegang Waran Diraja kepada HRH The Duke of Edinburgh.

Pengarah Urusan Bakhache Luxuries, Antoine Bakhache, berkata peningkata­n golongan kelas menengah memberikan ledakan permintaan kepada perkhidmat­an sedemikian dan ini memberanik­an beliau untuk memperkena­lkan Truefitt & Hill ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Beliau berkata, Truefitt & Hill tiba di Malaysia sejak lapan tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu berkembang kepada enam cawangan hari ini, iaitu di Suria KLCC, Bangsar Shopping Centre (BSC), JW Marriot Hotel, The Majestic Hotel, The Ruma Hotel and Residences dan Palace of the Golden Horses.

“Tumpuan kami bukan kuantiti, tetapi kualiti. Ramai yang merapati kami meluahkan hasrat untuk membuka Truefitt & Hill di lokasi masing-masing, tetapi hanya mereka yang terpilih diterima.

“Sinonim dengan gentlemen barbershop mewah yang panjang sejarahnya, Truefitt & Hill menambah nilai, kelas dan prestij kepada premis perniagaan mereka. Ini lebih penting daripada kuantiti.

“Itulah sebabnya Truefitt & Hill hanya terdapat di lokasi yang paling premium di setiap bandar,” katanya dalam satu temu bual di cawanganny­a di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Hadir sama pada temu bual itu ialah Pengurus Besar Golden Horse Palace Bhd, Isaac Raj.

Truefitt & Hill memulakan operasi di Cross Lane, London pada 1805 dan ia masih menawarkan perkhidmat­annya kepada keluarga diraja British hingga ke hari ini.

Operasi Truefitt & Hill di Malaysia dikendalik­an FT United Sdn Bhd, yang mana Bakhache juga adalah pemegang saham utamanya.

Bakhache berkata, enam cawangan Truefitt & Hill Malaysia dibarisi 24 tukang gunting rambut profesiona­l, yang mana empat daripadany­a terdiri daripada anak tempatan.

Sementara itu, Isaac berkata pengetahua­n dan pengalaman Truefitt & Hill menyediaka­n lelaki hari ini dengan tawaran yang sofistikat­ed dan praktikal, dan lokasi di Palace of the Golden Horses sesuai dengan prestij ditawarkan.

“‘Gentleman’ seharusnya mendapat yang terbaik dalam semua yang mereka lakukan,” katanya.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Truefitt & Hill yakin golongan kelas menengah bandar rangsang pertumbuha­n perniagaan syarikat pada masa depan.
(Foto Hiasan) Truefitt & Hill yakin golongan kelas menengah bandar rangsang pertumbuha­n perniagaan syarikat pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia