Berita Harian

RIC perluas kelebihan Axiata

Bakal hasil produk, perkhidmat­an berteknolo­gi tinggi

- Oleh Farah Adilla dan Zuraimi Abdullah bhbiz@bh.com.my

Pusat Inovasi Serantau (RIC) bertaraf dunia yang akan diwujudkan di bawah cadangan penggabung­an Axiata Group Bhd dan Telenor ASA bakal menghasilk­an produk dan perkhidmat­an berteknolo­gi tinggi buatan Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, berkata cadangan pembanguna­n RIC akan menjadikan revolusi perindustr­ian 4.0 (IR 4.0) tersedia dan mampu digandingk­an dengan peserta industri berpotensi bagi menyokong sebarang agenda.

“Sebagai contoh, ia boleh jadi penyelesai­an kereta autonomi. Walaupun kita tidak dapat bangunkan keseluruha­n sistem, kita mungkin boleh menghasilk­an beberapa komponen sistem dan ia dihasilkan di negara kita. Kita memiliki peserta tempatan seperti PROTON (PROTON Holdings Bhd) dan PERODUA (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd).

“Contoh lain ialah aplikasi internet untuk segala-galanya (IOT) untuk rumah pintar. Saya fikir kita akan menjadi peserta utama dunia.

“Kita memiliki sumber menjadi peserta global sekarang. Kita bercakap mengenai pusat inovasi terbesar di Asia. Kita mahu lakukan sekurang-kurangnya dalam kalangan industri. Axiata tidak akan hanya menjadi peserta telekomuni­kasi asli semata-mata,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Axiata dan Telenor menyasarka­n melabur RM100 juta setahun untuk RIC, yang mana ia akan berpusat di Malaysia bagi membangunk­an keupayaan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesai­an IOT di mana ia membolehka­n akses kepada teknologi pada harga lebih menarik.

Selain itu, Jamaludin berkata, RIC di bawah Mergeco juga menyasarka­n untuk mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat Malaysia.

RIC yang dibangunka­n mulai 2020 dijangka menawarkan peluang pekerjaan kepada 175 saintis, jurutera dan pembangun perniagaan.

Pusat berkenaan juga dijangka mewujudkan bakat berkualiti tinggi dalam teknologi generasi akan datang dan kemahiran digital menerusi peluang tidak langsung seperti graduan Sarjana dan doktor falsafah (PHD) oleh penyelidik dan bakal digital lain hasil kerjasama Mergeco,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata

universiti dan agensi kerajaan.

“Kami perlu menggajika­n lebih ramai saintis, jurutera dan pekerja berkemahir­an tinggi. Jelas sekali, kami akan membawa beberapa bakat dari seluruh dunia dan sebahagian­nya daripada Telenor. Namun, lebih 50 peratus adalah rakyat Malaysia.

“Dalam kata lain, kami akan mewujudkan pekerjaan berkemahir­an tinggi baharu. Beberapa bakat dari Celcom dan Axiata akan dipindahka­n.

“Ini juga akan memberi kesan pengganda kepada setiap pekerja berkemahir­an tinggi, tidak seperti pekerja berkemahir­an rendah,” katanya.

 ??  ?? Jamaludin Ibrahim,
Jamaludin Ibrahim,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia