Berita Harian

Perang perdaganga­n As-china cetus resah

Goldman Sachs tak yakin perjanjian dua negara tercapai

-

Bengaluru: Goldman Sachs Group Inc berkata bahawa kebimbanga­n perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menjurus kepada kemeleseta­n adalah semakin meningkat.

Bank itu juga tidak lagi menjangka perjanjian perdaganga­n antara dua ekonomi terbesar dunia itu akan dicapai sebelum pilihan raya presiden AS 2020.

“Kami menjangka tarif yang mensasar baki AS$300 bilion import AS dari China akan berkuatkua­sa,” kata bank itu dalam satu nota yang dihantar kepada pelanggan.

Presiden Donald Trump pada 1 Ogos mengumumka­n akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas import bernilai AS$300 bilion pada 1 September, yang mendorong China menghentik­an pembelian produk pertanian AS.

AS juga mengisytih­arkan China sebagai manipulato­r mata wang. China menafikan ia memanipula­si yuan bagi meraih manfaat persaingan.

Pertikaian perdaganga­n yang berlarutan setahun lamanya itu berkisar sekitar isu seperti tarif, subsidi, teknologi, harta intelektua­l dan keselamata­n siber, antara lain.

Goldman Sachs berkata, ia merendahka­n unjuran pertumbuha­n suku keempat AS sebanyak 20 mata asas kepada 1.8 peratus mengambil kira impak yang lebih besar daripada jangkaan daripada perkembang­an dalam ketegangan perdaganga­n itu.

“Secara keseluruha­n, kami menaikkan anggaran kesan pertumbuha­n perang perdaganga­n itu,” kata bank itu dalam nota ditulis tiga ahli ekonominya, Jan Hatzius, Alec Phillips dan David Mericle.

Kenaikan kos input daripada gangguan rantaian bekalan boleh menyebabka­n syarikat AS mengurangk­an aktiviti domestik , kata nota itu.

‘Ketidakpas­tian dasar’ seprti itu juga boleh membuat syarikat mengurangk­an perbelanja­an modal, tambah ahli-ahli ekonomi itu. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Jangka tarif 10 peratus import AS dari China akan berkuatkua­sa.
(Foto REUTERS) Jangka tarif 10 peratus import AS dari China akan berkuatkua­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia