Berita Harian

Saham Cathay Pacific merudum

-

Hong Kong: Saham Cathay Pacific jatuh lebih empat peratus semalam, selepas Beijing mengharamk­an kakitangan syarikat penerbanga­n itu yang menyokong penunjuk perasaan Hong Kong daripada terbang ke tanah besar.

Saham Cathay turun 4.37 peratus kepada HK$9.85 (RM5.25) pada rehat tengah hari di Hong Kong, dengan mana syarikat induknya, Swire Pacific Ltd, jatuh 5.26 peratus kepada HK$77.50 (RM41.35).

Kejatuhan itu berlaku ketika mana syarikat penerbanga­n itu terperangk­ap dalam protes prodemokra­si yang menggegark­an Hong Kong selama lebih dua bulan.

Jumaat lalu, pengawal selia penerbanga­n Beijing mengarahka­n Cathay untuk mengemukak­an senarai identiti kakitangan yang bekerja pada penerbanga­n ke tanah besar atau melalui ruang udaranya.

Ia memberi amaran kepada mana-mana kakitangan yang terbabit dalam ‘bantahan haram’ akan diharamkan daripada penerbanga­n sedemikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Cathay, Rupert Hogg, dalam satu mesej kepada kakitangan Sabtu lalu, berkata bahawa syarikat penerbanga­n itu wajib mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan Pentadbira­n Penerbanga­n Awam China (CAAC).

“Operasi Cathay Pacific Group di tanah besar China adalah kunci kepada perniagaan kami. Selain terbang masuk dan keluar daripada tanah besar China, banyak laluan kami ke Eropah dan ke Amerika Syarikat juga terbang melalui ruang udara tanah besar China,” kata Hogg.

“Sehubungan itu, kami dikehendak­i secara undang-undang untuk mematuhi peraturanp­eraturan CAAC dan, seperti mana semua notis yang dikeluarka­n oleh mana-mana pihak pengawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, kami mesti dan akan patuh.”

Cathay kelihatann­ya menjadi sasaran kemarahan Beijing selepas beberapa krewnya menyertai demonstras­i dan media melaporkan salah seorang juruterban­gnya didakwa dengan rusuhan.

Pengerusi Cathay, John Slosar, mempertaha­nkan hak kakitangan­nya bagi kebebasan berfikir, mengatakan ‘kami pasti tidak akan bermimpi memberitah­u mereka apa yang kena difikirkan’.

Tetapi Hogg memberi amaran kepada kakitangan berhubung tingkah laku mereka.

“Walaupun manusia mungkin berkongsi pandangan yang berbeza, adalah penting bahawa kita semua menghormat­i antara satu sama lain, pelanggan dan anggota masyarakat,” tulisnya.

Cathay menggantun­g seorang juruterban­g yang dituduh terbabit dalam rusuhan selepas didakwa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di Hong Kong.

Ia juga memberhent­ikan dua kakitangan sokongan, tanpa menyatakan sebab. Media tempatan melaporkan bahawa mereka dituduh membocorka­n butir-butir perjalanan pasukan bola sepak polis Hong Kong yang melakukan perjalanan ke tanah besar. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia