Berita Harian

Pengorbana­n perlu dilakukan untuk berjaya

Pelajar patut ketepikan aktiviti kurang penting, fokus untuk cemerlang

-

Mengulas mengenai peristiwa berkenaan, Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk, Encik Mahadir Md Salleh, berkata ketika Nabi Ismail AS tiba di peringkat umur yang membolehka­n dia berusaha bersama ayahnya, Nabi Ibrahim AS bermimpi iaitu Allah SWT memerintah­kan untuk menyembeli­h anaknya itu.

Katanya, Nabi Ibrahim AS berkata kepada anaknya: Wahai anak kesayangan­ku, sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembeli­hmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintah­kan kepadamu, Insya-allah, ayah akan mendapati aku termasuk orang yang sabar.

“Selepas mereka berserah dan menjunjung perintah Allah SWT, Nabi Ibrahim AS merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, baginda menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangk­an.

“Nabi Ibrahim AS pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah SWT lalu menghayun pedangnya pada leher anaknya dan terpercik darah mengenai badan baginda.

“Dengan tangan dan badan yang menggeleta­r, Nabi Ibrahim AS membuka penutup matanya, namun terkejut baginda apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Dengan memuji kebesaran Allah SWT, baginda dan anaknya berpeluk sambil bersyukur kerana memberi kekuatan untuk melaksanak­an amanat yang diperintah­kan oleh Allah SWT.

Rentetan peristiwa itu, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, umat Islam akan menyembeli­h binatang korban dan mengagihka­n kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau berkata, hikmahnya bermula awal waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembeli­han korban.

“Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarka­n peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

“Bagi Hari Raya Korban, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang pertama dimakan pada hari berkenaan ialah daging korban yang berkat,” katanya.

Antara panduan untuk pelajar bagi menghayati ibadat korban adalah dengan bermuhasab­ah dan menilai kembali perbuatan seharian supaya selari dengan kehendak dan ajaran Islam.

Beliau berkata, kita perlu bersedia melakukan pengorbana­n mencari keredaan Allah SWT dengan mentaati segala perintah dan suruhannya.

“Korbankan juga keinginan nafsu syahwat yang mendorong ke arah kejahatan, dengan meninggalk­an segala larangan Allah SWT kerana musuh utama kepada pengorbana­n yang hendak dilakukan ialah syaitan dan hawa nafsu.

“Syaitan akan berusaha menipu manusia dengan perasaan sayang yang berlebihan kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa apabila melakukan sesuatu kebajikan dan amalan soleh dan pelbagai godaan dan tipu dayanya lagi,” katanya.

Firman Allah SWT dalam surah al-fatir ayat enam, bermaksud: “Sesungguhn­ya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggap sebagai musuh. Kerana sesungguhn­ya syaitan hanya mengajak golonganny­a supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”.

Beliau berharap, sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan oleh warga sekolah pada tahun ini dapat dapat memberikan sinar pengorbana­n yang sejati pada setiap individu Muslim.

“Kita akan berusaha apa sahaja demi melakukan pengorbana­n dalam mencari keredaan Allah SWT dan kebahagiaa­n yang hakiki di dunia dan di akhirat,” katanya.

 ??  ?? Encik Mahadir Md Salleh
Encik Mahadir Md Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia