Berita Harian

Aktiviti korban selari dengan pelajaran Tingkatan Empat

-

Segamat: Pelbagai aktiviti dan program yang diadakan di sekolah bagi memberi pendedahan dalam menghayati sejarah serta peristiwa penting Hari Raya Aidiladha.

Pengetua Madrasah Ibnu Mas’ud, Encik Abdul Hadi Mohamed Suhaimi, berkata setiap tahun pihaknya tidak ketinggala­n memenuhi tuntutan Hari Raya Korban dengan mengadakan program kepada warga sekolah membabitka­n guru, kakitangan bukan akademik, pelajar serta ibu bapa.

Beliau berkata, antara tujuan program korban diadakan ialah untuk mendidik warga sekolah supaya bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kehidupan yang diberikan.

“Peserta dapat berkongsi nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan dengan program agihan daging korban kepada semua warga sekolah.

“Sebenarnya, program korban di sekolah adalah praktikal kepada teori korban yang dipelajari ketika berada di Tingkatan Empat dan pihak sekolah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagi menyuburka­n amalan korban dalam masyarakat,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Antara aktiviti dijalankan di SMKA Segamat ketika Hari Raya Aidiladha ialah menyembeli­h, melapah, memotong dan mengagih daging lembu dimasak dan dimakan bersama warga sekolah.

Baginya, sambutan berkenaan juga dapat memupuk budaya gotong-royong dalam kalangan warga sekolah yang membabitka­n pentadbir, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, pekerja swasta dan pelajar yang akan menjadikan kerja lebih mudah.

“Kerjasama dalam melaksanak­an ibadat korban melahirkan keserasian dan kasih sayang antara mereka yang menjadi asas kekuatan agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Pendidikan Islam, SMK Bandar Puteri Jaya, Puan Rodziah Bakar, berkata ibadat itu bagi memperinga­ti kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembeli­h anaknya, Nabi Ismail AS, kerana taat terhadap Allah SWT.

Beliau berkata, pengorbana­n bukan sahaja tertumpu kepada penyembeli­han tetapi luas maknanya dalam kehidupan seharian, terutama bagi seorang pelajar.

“Pengorbana­n bagi seorang pelajar pada era kepesatan perkembang­an teknologi maklumat dan komunikasi ini ialah mereka perlu sedia berkorban minat dan kehendak untuk bermain gajet, permainan video atau melayari internet tanpa tujuan yang berfaedah,” katanya.

Antara program yang dijalankan di SMK Bandar Puteri Jaya ialah Titipan Kasih Sebuah Pengorbana­n.

Program anjuran bersama-sama Jawatankua­sa Kebajikan Hal Ehwal Murid, Jawatankua­sa Komuniti dan Panitia Pendidikan Islam itu bertujuan mendidik pelajar memperinga­ti semangat perjuangan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Beliau berkata, penceritaa­n pengorbana­n Nabi Ibrahim AS melalui slot Ceramah ‘Mencontohi Pengorbana­n Agung Nabi Allah’ perlu dihayati dan diterjemah­kan dalam kehidupan pelajar.

“Ini akan dapat melahirkan pelajar yang bersedia dan sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapai keredaan.

“Sifat rela berkorban dan sanggup mengetepik­an kepentinga­n diri ini penting dalam diri setiap muslim kerana dapat memupuk rasa cinta antara seorang hamba dan penciptany­a, selain berkasih sayang sesama manusia,” katanya.

Beliau berharap, semoga usaha yang dilaksanak­an akan mendapat keredaan Allah SWT, di samping mengeratka­n silaturahi­m serta memupuk rasa tanggungja­wab semua warga sekolah demi melahirkan insan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektua­l.

 ?? (Foto hiasan) ?? Teori ibadah korban diberi pendedahan di sekolah menengah untuk menyuburka­n amalan korban dalam masyarakat.
(Foto hiasan) Teori ibadah korban diberi pendedahan di sekolah menengah untuk menyuburka­n amalan korban dalam masyarakat.
 ??  ?? Encik Abdul Hadi Mohamed Suhaimi
Puan Rodziah Bakar
Encik Abdul Hadi Mohamed Suhaimi Puan Rodziah Bakar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia