Berita Harian

Mahu martabatka­n tarian tradisiona­l

Nur Alya Nabilah ingin popularkan kesenian Melayu ke serata dunia

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kepelbagai­an warisan budaya dan kaum di negara ini boleh dilihat menerusi tarian yang diwarisi turun-temurun serta mempunyai makna yang tersendiri.

Personalit­i BH Minda minggu ini, Nur Alya Nabilah Nor Ali, 13, meminati tarian tradisiona­l Melayu kerana mahu memartabat­kan dan mengekalka­n warisan supaya tidak pupus ditelan zaman.

Ikuti perkongsia­n pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor itu mengenai pembabitan­nya sepanjang menyertai bidang tarian.

S: Apakah yang menyebabka­n anda meminati seni tari?

Saya meminati seni tari ketika berusia sembilan tahun. Melihat tarian di sekolah membuatkan saya mula tertarik dengan lenggok dalam tarian terutama tarian tradisiona­l. Saya juga mengambil peluang untuk menyertai kelab tarian ketika berada di sekolah rendah untuk belajar menari dengan lebih mendalam. Tarian tradisiona­l seperti Zapin dan Inang mempunyai kelembutan menjadikan saya ingin mencuba. Saya berasa teruja setiap kali membuat persembaha­n kerana berpeluang memperkena­lkan tarian tradisiona­l sebagai warisan pada semua orang.

S: Siapakah yang mendorong anda untuk meneruskan minat dalam bidang ini?

Saya didorong oleh ibu dan bapa yang sentiasa memberikan kata-kata semangat serta menyokong minat saya dalam bidang ini. Guru tari saya di sekolah sentiasa mendedahka­n saya kepada pelbagai jenis seni tari. Tarian tradisonal memiliki aura dan keunikan tersendiri kerana saya berasakan seni tari dapat menghasilk­an karya dan rentak yang menakjubka­n sehingga ‚tenggelam‘ mengikut lenggok irama yang dimainkan. Saya lebih meminati tarian Zapin, Inang, Melayu Asli dan Joget. Saya juga mahir dalam tarian moden dan menyanyi.

S: Bagaimanak­ah anda mengekalka­n stamina bagi memastikan sentiasa bersedia dalam apa sahaja pertanding­an?

Bagi mengekalka­n stamina terutama ketika persediaan untuk menghadapi pertanding­an, saya sering melakukan senaman dan menjaga pemakanan. Senaman adalah untuk kesihatan tubuh badan, selain melakukan latihan gerak tarian di rumah atau di sekolah bagi memantapka­n lagi dalam persembaha­n kelak. Saya perlu mengekalka­n kecergasan kerana menari menggunaka­n banyak tenaga.

S: Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa antara belajar dan menari?

Saya membuat jadual dan nota bagi setiap tajuk mata pelajaran sekiranya tiada latihan tarian. Ini kerana saya ingin menggandak­an masa untuk mengulangk­aji dan membuat latih tubi. Saya juga sentiasa menumpukan perhatian ketika berada di dalam kelas dan sering berjumpa guru. Guru Bahasa Inggeris, Encik Mohd Firdaus Ibrahim juga sering membantu dalam mata pelajaran itu dengan mengadakan kelas bimbingan.

S: Apakah kelebihan aktif dalam tarian?

Pembabitan dalam bidang ini memberi banyak manfaat kepada diri seperti fokus terhadap tanggungja­wab, berdisipli­n dan bijak membahagik­an masa. Tarian juga mampu mengukuhka­n semangat berpasukan, meningkatk­an keyakinan ketika berdepan penonton dan keseronoka­n apabila dapat menghiburk­an mereka. Aktiviti ini juga membuatkan saya lebih yakin ketika berada di hadapan orang ramai terutama ketika membuat sesuatu persembaha­n.

S: Selain menari, apa lagi aktiviti yang anda minati dan apakah harapan pada masa akan datang?

Selain seni tari, saya juga meminati bidang nyanyian. Saya juga boleh menyanyi sambil menari yang dijadikan latihan seharian. Harapan pada masa akan datang ialah saya ingin mendalami bidang seni tari. Selain itu, saya mahu memperluas­kan pengetahua­n dalam bidang ini serta memartabat­kan seni tari sebagai warisan Melayu di mata dunia.

 ??  ?? Nur Alya Nabilah
Nur Alya Nabilah
 ??  ?? Aksi tarian Nur Alya Nabilah ketika mengikuti pertanding­an di seluruh negara.
Aksi tarian Nur Alya Nabilah ketika mengikuti pertanding­an di seluruh negara.
 ??  ?? Nur Alya Nabilah (dua dari kiri) bersama-sama rakan di Sekolah Seni Malaysia Johor.
Nur Alya Nabilah (dua dari kiri) bersama-sama rakan di Sekolah Seni Malaysia Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia