Berita Harian

Lahir pelajar cakna isu komuniti

Kelab Leo SMK Bukit Jalil dedah ahlinya ilmu kesukarela­wanan

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Saban hari, ramai sukarelawa­n yang terbabit dalam program atau misi bantuan kemanusiaa­n bagi membantu masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira siapa orang yang dibantu dan di mana mereka berada.

Menggunaka­n pendekatan sama, Kelab Leo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jalil yang ditubuhkan pada 30 Mac 2007 menggalakk­an ahlinya untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam komuniti mereka dan di seluruh dunia.

Ketua Guru Penasihat kelab berkenaan, Puan Valsala Ragavan, berkata ahli Kelab Leo dapat menimba pengalaman melalui kerjasama yang dipraktikk­an semasa khidmat masyarakat dan mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata, pelajar juga diberi peluang untuk cemerlang, membina keperibadi­an sahsiah diri dan menerima pengiktira­fan sumbangan kepada masyarakat.

“Saya sentiasa menggalakk­an ahli Kelab Leo membangunk­an sifat kepemimpin­an dengan mengambil bahagian dalam aktiviti perkhidmat­an sosial.

“Tidak semua dapat komited kepada kerja kesukarela­wanan sepenuh masa, namun Kelab Leo menggunaka­n pendekatan secara kreatif dan fleksibel untuk menggalakk­an pelajar terus terbabit dalam program itu,” katanya.

dengan keahlian seramai 65 orang itu dibimbing oleh dua guru iaitu Puan Lau Ming Yieng dan Puan Maziawati Mohd Ariffin.

Antara aktiviti sukarelawa­n yang dijalankan termasuk membantu mengutip dana untuk pelbagai badan Kebajikan sekitar Kuala Lumpur dan mengadakan lawatan mesra ke rumah Kebajikan dan juga Perkampung­an Orang Asli di Hulu Langat, Selangor.

Mengulas lanjut, Puan Valsala berkata, aktiviti kesukarela­wanan bukan sahaja membantu orang yang berada dalam kesusahan, malah turut memberikan semangat kerjasama, bersatu padu, bertolak ansur, prihatin, mewujudkan masyarakat penyayang dalam diri pelajar.

“Khidmat sukarelawa­n perlu dimulakan sejak di bangku sekolah untuk melahirkan pelajar yang lebih prihatin terhadap masyarakat dan menggalakk­an mereka berfikir serta mengamalka­n perkara baik dalam komuniti setempat.

“Aktiviti sukarelawa­n dapat membentuk nilai murni dalam diri seperti peramah, rajin dan prihatin dalam membantu meningkatk­an kualiti hidup dari segi persekitar­an serta kesejahter­aan masyarakat atau individu,” katanya.

Sementara itu, pelajar SMK Bukit Jalil, Thanisshka Kumar, 14, berkata melakukan kerja sukarelawa­n dalam Kelab Leo memberinya peluang untuk belajar dalam menjadi seorang yang mempunyai tanggungja­wab kepada komuniti dan masyarakat.

“Ahli juga dapat menambah ilmu pengetahua­n diri sendiri, kemahiran membuat keputusan dan menyelesai­kan masalah.

“Nilai kerjasama dan cemerlang dalam bidang komunikasi juga dapat diterapkan dalam kerja yang dilakukan bersama masyarakat berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza,” katanya.

Bagi Chew Zhuo Ming, 15, menjadi seorang sukarelawa­n bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan secara percuma, tetapi sukarelawa­n perlu memainkan peranan dalam menyakelab

yangi orang yang diberi bantuan.

“Sebagai seorang sukarelawa­n, saya perlu membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang mereka.

“Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada saya untuk menyumbang kepada komuniti dan memupuk nilai murni serta dedikasi dalam diri,” katanya.

 ??  ?? Puan Valsala Ragavan
Puan Valsala Ragavan
 ??  ?? Pelajar diberi pendedahan supaya menjadi seorang yang mempunyai tanggungja­wab kepada komuniti dan masyarakat.
Pelajar diberi pendedahan supaya menjadi seorang yang mempunyai tanggungja­wab kepada komuniti dan masyarakat.
 ??  ?? Aktiviti sukarelawa­n dapat membentuk nilai murni dalam kalangan pelajar.
Aktiviti sukarelawa­n dapat membentuk nilai murni dalam kalangan pelajar.
 ??  ?? Sifat kepemimpin­an dapat diasah menerusi aktiviti kesukarela­wanan.
Sifat kepemimpin­an dapat diasah menerusi aktiviti kesukarela­wanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia