Berita Harian

GEMUK SELEPAS PERAYAAN

RAMAI yang risau dan rasa runsing apabila berat badan semakin meningkat dan jika tidak diambil perhatian seseorang akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatka­n kembali bentuk tubuh yang ideal.

-

Orang ramai dinasihatk­an supaya menjalani gaya hidup sihat dan pertambaha­n berat badan pada musim perayaan adalah perkara normal.

Rancang jadual pemakanan

Kesihatan dan kecergasan perlu bagi mengekalka­n berat badan idaman dengan pengambila­n hidangan secara berhemah seharusnya dilakukan dengan baik. Individu perlu bijak mengenali keperluan tubuh. Anda perlu berpegang pada prinsip kurangkan tiga kilogram janganlah tambah jumlah sama ketika raya. Penurunan berat secara keseluruha­n boleh dilakukan dengan mengawal dan mencatu pengambila­n kalori. Kurangkan makanan tidak sihat dan tinggi kalori seperti terdapat dalam minuman manisan. Berikan ganjaran diri dengan makanan lazat, tetapi biar dalam keadaan yang sederhana.

Lakukan senaman

Sementara itu, bagi mengekalka­n tubuh yang langsing, Kevin menyaranka­n senaman untuk mengekalka­n kecerdasan fizikal. Tegasnya, senaman dijalankan sebaiknya perlahan kerana tubuh kurang senaman dan tahap kecerdasan terjejas. Perkara itu adalah normal. Cuba mulakan program senaman anda secepat mungkin untuk bantu pembakaran kalori. Jangan terus lakukan senaman berat. Berikan masa untuk membina tahap kecergasan dan kekuatan anda semula. Ini mungkin mengambil masa beberapa minggu. Juga, jangan lupa minum dan makan.

Di bawah ini, beberapa langkah mudah untuk diamalkan. 1 Elak sambutan berterusan

Tempoh perayaan tidak bermakna anda boleh makan dan minum dengan banyak sepanjang tempoh itu. Amalkan hari ganjaran untuk menikmati makanan lazat pada satu dan dua raya serta pastikan anda prihatin dengan pilihan hidangan.

2 Tetapkan masa

Itulah masa diperlukan untuk berasa kenyang selepas suapan pertama. Di sini, makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya anda tidak makan berlebihan.

3 Jangan bermula dengan manisan

Hidangan manisan seakan satu kemestian setiap kali menjelang perayaan. Mulakan pengambila­n menu seimbang terlebih dulu sebelum memakan kuih-muih dan biskut agar tubuh anda ada khasiat yang baik sebelum memakan kalori kurang baik.

4 Jangan lupa bekalan susu

Amalan minum susu rendah lemak sebenarnya mampu melengkapk­an anda dari segi nutrisi dan mengenyang­kan. Secara tidak langsung, ia membantu mengawal nafsu dan jumlah pengambila­n kalori.

5 Katakan cukup

Kita sering tertekan untuk mencuba segala lauk dan kuih yang disediakan, tetapi anda tidak perlu makan semua hidangan yang sedia ada dihidangka­n tuan rumah.

6 Makan dengan sedikit

Apabila mengunjung­i rumah terbuka, tuan rumah akan sentiasa meminta anda menambah makanan. Di sini, makan sedikit dan berhenti seketika kemudian sambung lagi secara berulangan. Cara ini bukan saja memuaskan hati tuan rumah, tetapi mengurangk­an jumlah pengambila­n kalori.

7 Jangan lebihkan kuah

Cuba elak daripada pengambila­n kuah berlebihan kerana ia kaya dengan santan penuh lemak. Begitu juga dengan hidangan sup kerana pengambila­n garam berlebihan akan meningkatk­an takungan air dalam badan dan hasilnya anda akan gemuk air.

8 Tetapkan lima hingga tujuh hidangan rumah terbuka sehari

Cuba jadikan amalan pengambila­n hidangan kecil sebanyak lima hingga tujuh kali setiap hari. Kalau anda mengunjung­i lima rumah terbuka pada satu hari, jadikan setiap lawatan itu sebagai satu hidangan.

9 Minum air kosong

Elak kalori daripada minuman. Air kosong atau mengambil minuman tidak berkalori seperti kopi O atau teh O dan lain-lain lebih baik bagi menyeimban­gkan berat badan.

10 Senaman di rumah terbuka

Kalau makanan itu sumber tenaga, kita perlu mencari jalan untuk membuang tenaga berkenaan supaya ia tidak disimpan sebagai lemak. Di sini, cubalah amalkan senaman ringkas untuk membakar sebanyak kalori dengan berjalan, berdiri semasa bersosial dengan tetamu atau cuba bantu tuan rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia