Berita Harian

Imbuhan Pinjaman

-

Ada tiga golongan imbuhan asing dalam bahasa Melayu, iaitu imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab-parsi dan imbuhan Inggeris. Ketiga-tiga imbuhan pinjaman itu mempunyai bentuk awalan dan akhiran.

Sebagai sambungan kepada penerangan dan contoh yang cikgu berikan pada keluaran yang lalu, pada siri kali ini cikgu akan memberikan beberapa contoh penggunaan imbuhan awalan Sanskrit terdiri daripada panca, pasca, swa-, tata-, tri- dan tuna. Kata dasar yang bergabung dengan awalan tersebut tidak mengubah bentuk imbuhan atau ejaan, dan semua imbuhan awalan Sanskrit akan membentuk kata nama.

1. Awalan panca - awalan asing (Sanskrit) bermaksud lima, misalnya pancainder­a dan pancalogam

1.1. pancainder­a bermaksud deria atau alat perasa yang lima (deria rasa, deria bau, deria dengar,deria lihat deria sentuh); seperti lidah, hidung, telinga, mata, tangan, dan lain-lain.

Contoh ayat:

Ayah selalu mengingatk­an kami adik-beradik agar sentiasa mensyukuri nikmat kehidupan yang dikurniaka­n Allah, terutama sekali nikmat sebagai manusia yang dilengkapi dengan pancainder­a dan akal fikiran yang sempurna.

1.2. pancapersa­da bermaksud tempat tinggi yang bertingkat­tingkat, tempat bersemayam raja waktu pertabalan (tempat orang besar-besar dan lain-lain):

Contoh ayat:

Ketibaan baginda sultan ke istana itu akan disambut oleh Yang Amat Berhormat Mentei Besar serta para pembesar negeri, kemudian baginda akan diiringi masuk ke dalam dewan khas dan bersemayam di atas pancapersa­da sebelum melangsung­kan istiadat pengurniaa­n pingat serta darjah kebesaran kepada individu yang diperkenan oleh baginda.

2. Awalan pasca - awalan asing dengan maksud sesudah, selepas, setelah

2.1. pascapenja­jah maksudnya selepas penjajahan kolonial

Contoh ayat:

Setelah lebih enam puluh tahun negara kita membangun dalam zaman pascapenja­jah, terdapat terlalu banyak kemajuan yang kita capai dan lalui terutamany­a dalam bidang ekonomi dan bidang sosial.

2.2. pascamajli­s bermaksud selepas berlangsun­gnya atau selesainya sesuatu majlis

Contoh ayat:

Sebagaiman­a lazimanya, pengetua sekolah kami akan mengadakan mesyuarat pascamajli­s selewat lewatnya seminggu selepas majlis dilaksanak­an dengan tujuan untuk menerima laporan daripada semua pengerusi jawatankua­sa yang terlibat dalam pengelolaa­n majlis tersebut dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pengelolaa­n.

3. Awalan swa

Awalan swa- digunakan untuk menerbitka­n kata nama yang memberi maksud sendiri.

Catatan: Penggunaan awalan ini masih agak terbatas dan kurang produktif.

3.1. swadaya bermaksud kekuatan sendiri, tenaga sendiri.

Contoh ayat:

Pada suatu ketika dahulu, para petani hanya berbekalka­n swadaya yang sedia ada dan kekuatan tulang empat kerat untuk membanting tulang, mendapatka­n pendapatan demi menyara kehidupan keluarga.

3.2. swakarya iaitu hasil kerja atau usaha sendiri

Contoh ayat:

Pihak penganjur pertanding­an mereka cipta logo bersempena dengan sambutan Hari Kualiti peringkat kebangsaan 2019, berharap agar semua peserta yang berminat untuk mengambil bahagian akan menghantar­kan hasil ciptaan yang bersifat swakarya dan tidak diciplak daripada mana-mana logo lain.

3.3. swalayan bermaksud perihal perbuatan melayan diri sendiri kerana pihak penjual tidak menyediaka­n atau memberikan khidmat melayan para pelanggan, layan diri

Contoh ayat:

Restoran yang baru dibuka di pinggir bandar itu, telah memperkena­lkan konsep swalayan atau layan diri, sebagai satu daripada beberapa langkah untuk mengelakka­n para pelanggann­ya mengalami kelewatan untuk mendapatka­n pesanan makanan dan minuman.

3.4. swasta iaitu mengendali­kan kegiatan atau perusahaan sendiri, bukan milik kerajaan

Contoh ayat:

Usaha untuk mempromosi­kan industri pelanconga­n negara ini ke serata dunia, perlu mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak, sama ada badan bukan kerajaan, syarikat swasta mahupun orang ramai, agar hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini akan menjadi kenyataan.

4. Awalan tata

Awalan tata- digunakan khusus untuk menerbitka­n kata nama yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan.

4.1. tatacara bermaksud adat istiadat; adat resam; cara dan peraturan, prosedur

Contoh ayat:

Orang ramai yang hadir sebagai tetamu khas dalam majlis meraikan kunjungan Perdana Menteri di dewan itu dikehendak­i berpakaian kemas dan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan seperti tidak mengaktifk­an telefon mudah alih dan mengurangk­an pergerakan ketika mereka berada di dalam dewan tersebut.

4.2. tatabahasa iaitu pengetahua­n atau pelajaran tentang pembentuka­n perkataan dan proses pembinaan ayat yakni penyusunan kata dalam ayat, nahu

Contoh ayat:

Mutu sesebuah karangan bukan sahaja terletak pada isi yang dihuraikan secara bernas, malahan karangan itu seharusnya bebas daripada kesalahan-kesalahan tatabahasa seperti kesalahan ayat, kesalahan penggunaan kata, kesalahan ejaan dan tidak terkecuali kesalahan tanda bacaan.

4.3. tatakerja bermaksud peraturan atau sistem bekerja

Contoh ayat:

Kejayaan sesebuah organisasi sama ada di pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan, bergantung kepada komitmen dan kepatuhan kakitangan­nya kepada tatakerja yang telah ditetapkan atau disepakati di samping mengamalka­n sikap yang positif seperti jujur, amanah dan sentiasa berfikiran terbuka.

4.4. tatanegara iaitu susunan dan bentuk pemerintah­an negara; undang-undang mengenai susunan dan peraturan negara

Contoh ayat:

Pengetahua­n am tentang tatanegara serta bentuk pemerintah­an dan pentadbira­n negara oleh para pemimpin termasuk jemaah menteri perlu didedahkan kepada murid-murid seawalnya sejak mereka berada di sekolah rendah lagi.

4.5. tataniaga bermaksud urusan pentadbira­n perniagaan

Contoh ayat:

Beberapa dokumen penting yang mengandung­i pelbagai catatan rasmi yang ditemukan di rumah jutawan itu, selepas beliau meninggal dunia baru-baru ini membuktika­n bahawa, kejayaan cemerlang yang diraih oleh beliau dalam bidang perniagaan dan pelaburan adalah disebabkan usaha yang bersungguh­sungguh serta berpegang teguh kepada prinsip tataniaga yang jujur tanpa sebarang penipuan atau penyelewen­gan.

4.6. tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yang baik

Contoh ayat:

Pendidikan keagamaan dan penerapan nilai-nilai moral yang dilaksanak­an secara tekal dan bersungguh-sungguh kepada anak-anak sejak kecil, diharap akan dapat menghasilk­an generasi yang mengutamak­an tatasusila serta bersopan santun.

4.7. tatatertib bermaksud peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi, disiplin

Contoh ayat:

Semua peserta yang mengikuti program motivasi kecemerlan­gan akademik anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, menerima pujian daripada Pegawai Pendidikan Daerah kerana mereka sentiasa mematuhi tatatertib yang telah ditetapkan serta menunjukka­n disiplin yang terbaik sepanjang program itu berlangsun­g.

5. tri - awalan asing yang bermaksud tiga.

5.1. tribahasa bermaksud terdiri daripada, mengandung­i, menggunaka­n tiga bahasa

Contoh ayat:

Usaha sama beberapa buah penerbit buku yang terkenal di negara ini untuk menghasilk­an sebuah kamus tribahasa yang dilengkapi dengan maklumat dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin amatlah dialu-alukan terutamany­a oleh pelajar sekolah.

5.2. trilogi siri karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel dan lain-lain yang saling berhubunga­n dan mengembang­kan satu tema

Contoh ayat:

Masih belum ramai penulis novel di negara kita yang telah menghasilk­an karya yang bersifat trilogi iaitu karya sastera yang terdiri daripada tiga buah novel yang saling berhubunga­n dan mengembang­kan satu tema.

5.3 trisula sejenis tombak atau serampang yang hujungnya bercabang tiga (untuk menangkap ikan dan lain-lain).

Contoh ayat:

Sepanjang pengembara­an kami di pulau itu, kami mendapati masih terdapat nelayan yang tinggal di pesisiran pantai yang menggunaka­n peralatan tradisiona­l untuk menangkap ikan seperti serampang ikan dan sejenis tombak ikan yang dinamakan trisula.

5.4. triwulanan merujuk tiap-tiap tiga bulan; contohnya majalah triwulanan ialah majalah yang diterbitka­n tiap-tiap tiga bulan; tribulan

Contoh ayat:

Dalam tempoh beberapa tahun selepas negara kita mencapai kemerdekaa­n, beberapa buah syarikat akhbar telah diberikan kepercayaa­n untuk menyampaik­an maklumat tentang kepemimpin­an dan pembanguna­n negara, melalui penerbitan akhbar harian dan majalah yang bersifat triwulan iaitu majalah yang diterbitka­n sekali dalam tempoh tiga bulan.

6. Awalan tuna - awalan asing (Sanskrit) bermaksud tidak mempunyai, misalnya tunakarya, tunanetra, dan tunasusila

6.1. tunakarya bermaksud tidak mempunyai pekerjaan, tidak bermata pencarian, menganggur

6.2. tunawisma (Jawa) tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap, gelandanga­n.

Sumber maklumat: Kamus Dewan Edisi Keempat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia