Berita Harian

SMSTMFP juara Choral Speaking UMT

Pertanding­an bertemakan kelautan dedah pelajar kepentinga­n pemulihara­an hidupan akuatik

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Kuala Terengganu: Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Kota Bharu Kelantan muncul juara Pertanding­an Choral Speaking

2019 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehka­n sekolah berkenaan membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, wang tunai berjumlah RM1,500, plak dan sijil.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, manakala Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah pula di tempat ketiga.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata pertanding­an itu bukan sahaja dapat memberi pendedahan berkaitan kepentinga­n melindungi biodiversi­ti marin, malah turut memperkasa­kan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau berkata, program itu juga secara tidak langsung memperkena­lkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan.

“Pertanding­an ini membabitka­n penyertaan secara jemputan 69 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk bertanding sebelum ke peringkat akhir yang dianjurkan di UMT.

“Secara tidak langsung, kempen kesedaran berkenaan pemulihara­an kelautan UMT dapat disebarkan kepada 40,000 pelajar SBP dan 33,000 pelajar MRSM di seluruh Malaysia,” katanya dalam ucapannya pada program itu, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Azman Othman dan Penolong Pegawai Kanan Bahagian Pengurusan SBP, Encik Mohamed Azhar Mohamed Harith.

SMSTMFP yang diwakili sekumpulan 25 pelajar itu bersaing dengan sembilan sekolah antaranya Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Sekolah Menengah Sains Miri, MRSM Kuantan, Pahang; MRSM Baling, Kedah; MRSM Pasir Salak, Perak dan MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan.

Konduktor terbaik disandang oleh pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Arissa Hadirah Ahmad Zaimi yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM100, plak dan sijil.

Pada penganjura­n kali ini, UMT mengetenga­hkan tema Oceans Priorities bagi membangkit­kan kesedaran kepentinga­n menjaga dan memulihara kelestaria­n laut dan biodiversi­ti bersempena dengan sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Universiti itu turut mengambil peluang untuk menjadi hos bagi penganjura­n pertanding­an Choral

Speaking Peringkat Kebangsaan.

 ??  ?? Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
 ??  ?? Pasukan SMSTMFP merakamkan kenangan bersama Dr Nor Aieni (kanan) sejurus merangkul kejuaraan.
Pasukan SMSTMFP merakamkan kenangan bersama Dr Nor Aieni (kanan) sejurus merangkul kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia