Berita Harian

Mizwalah Taha tarikan baharu artifak Islam

Jam matahari pertama di dunia miliki kod QR bagi layari laman sesawang

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Sepang: Sebelum kemunculan jam mekanikal, jam matahari adalah peralatan utama bagi pengukuran masa sejak zaman kuno.

Bagaimanap­un, pada masa kini jam matahari tidak lagi dibina dan hanya dijadikan sebagai bahan pameran.

Bagi menghidupk­an warisan sains dan seni Islam, jam matahari atau Mizwalah Taha yang dibina di Kompleks Tabung Haji, di sini, menjadi tarikan baharu artifak tradisi Islam yang dibina di negara ini.

Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer Al Hussaini, berkata persatuan itu diberi tanggungja­wab oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mereka bentuk dan membina Mizwalah Taha, dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

“Mizwalah Taha siap dibina tahun lalu dan menggunaka­n 100 peratus tenaga kontraktor dan jurutera tempatan beragama Islam.

“Ia juga mengekalka­n identiti TH dengan menggunaka­n gabungan logonya iaitu, huruf jawi ‘Ta’ dan ‘Ha’.

“Uniknya, ia adalah jam matahari pertama di dunia yang mempunyai kod QR bagi terus melayari laman sesawang, www.th.mizwalah.org untuk mengetahui mengenai jam berkenaan dengan lebih lanjut.

“Dalam laman sesawang itu, turut dimasukkan pelbagai maklumat mengenai sejarah, fungsi jam matahari, pergerakan bumi dan matahari, serta rujukan ayat al-quran mengenai ilmu falak selain pelbagai animasi mengenai pergerakan matahari dan bumi untuk memberi kefahaman kepada pengguna,” katanya kepada BH.

Syed Kamarulzam­an berkata, Mizwalah Taha juga adalah jam matahari Islamik pertama di Malaysia, kerana mempunyai waktu solat seperti jam matahari di masjid di Asia Barat.

“Cara membacanya, waktu boleh dianggarka­n dengan mengira bilangan mozek yang terdapat padanya.

“Ia juga menggunaka­n kalendar tahun Masihi, iaitu Januari hingga Disember yang tidak terdapat pada jam matahari Islamik lain di dunia.

“Selain itu, dua tarikh penting turut diletakkan, iaitu Hari Kebangsaan 31 Ogos dan tarikh penubuhan

Mizwalah Taha adalah jam matahari Islamik pertama di Malaysia mempunyai waktu solat seperti di masjid di Asia Barat. Cara membacanya, waktu boleh dianggarka­n dengan mengira bilangan mozek yang terdapat padanya.

TH pada 30 September, yang mana pada hari berkenaan bayang matahari akan mengikut garisan jubin mozek yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, ilmu falak atau astronomi adalah salah satu cabang ilmu sains yang sepatutnya dipelajari oleh umat Islam dan tidak membiarkan ia terkubur begitu saja, seperti keunikan jam matahari yang mempunyai hubung kait dengan waktu.

“Contohnya, dalam rukun Islam itu sendiri sangat menekankan mengenai waktu seperti menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada Ramadan, membayar zakat dan mengerjaka­n haji bagi mereka yang mampu, yang mana jika tidak dilakukan pada waktu yang betul ibadah itu menjadi tidak sah,” katanya.

Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer Al Hussaini, Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) ?? Syed Kamarulzam­an (kiri) memberi penerangan mengenai jam matahari di Kompleks Tabung Haji, Sepang, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) Syed Kamarulzam­an (kiri) memberi penerangan mengenai jam matahari di Kompleks Tabung Haji, Sepang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia