Berita Harian

Sukarelawa­n YSS laksana projek komuniti di Ho Chi Minh

-

Kuala Lumpur: Seramai 63 sukarelawa­n Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) berjaya melaksanak­an 110 projek komuniti di empat daerah berhampira­n bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sukarelawa­n yang terbabit berada di Vietnam selama sebulan, bagi menyertai program yang dikenali sebagai ‘Green Summer Volunteer Campaign: Mua He Xanh 2019.’

“Sebanyak 29 projek sudah dilaksanak­an di Tan Kien Commune (dareah Binh Chanh) dan 27 projek setiap satu di Hiep Phouc Commune (daerah Nha Be), Tan Thoi Hiep Ward (daerah 12) dan Thai My Commune (daerah Cu Chi).

“Selama sebulan mereka berada di sana, 63 sukarelawa­n YSS berjaya melaksanak­an pelbagai program berimpak tinggi, yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

“Menerusi program ini, sukarelawa­n YSS juga berpeluang menerokai kepelbagai­an budaya dan cara hidup masyarakat di Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, beliau juga berkata, sukarelawa­n YSS dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran, bertungkus-lumus membantu menyediaka­n pelbagai kemudahan bagi masyarakat tempatan, selain kelas bimbingan untuk anak mereka.

Manfaat program berkenaan dijangka mampu melonjakka­n lagi prestasi pelajar di kawasan terbabit, kerana sukarelawa­n YSS turut mengajar mereka dalam sesi pembelajar­an di dalam dan luar bilik darjah.

“Kita percaya projek dan aktiviti berkenaan, memberi impak positif yang sangat besar kepada pembanguna­n komuniti tempatan.

“Sukarelawa­n kita juga menjadi sumber inspirasi kepada anak kampung serta masyarakat tempatan.

“Ia berjaya menghidupk­an budaya sukarelawa­n dalam kalangan mereka,” katanya.

 ??  ?? Lam Thye bersama sukarelawa­n YSS selepas selesai menjayakan projek komuniti di Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.
Lam Thye bersama sukarelawa­n YSS selepas selesai menjayakan projek komuniti di Ho Chi Minh, Vietnam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia