Berita Harian

Nelayan mahu sungai dilebar segera

Laluan sempit sukarkan darat hasil tangkapan

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi bhnews@bh.com.my

Pantai Remis: Lebih 100 komuniti nelayan, termasuk pengusaha bot di Kampung Panchor, di sini memohon supaya kerja pelebaran sungai di perkampung­an itu disegeraka­n bagi membantu perkembang­an aktiviti perikanan di kawasan terbabit.

Pengusaha bot nelayan, Faizul Sofian, 42, berkata pelebaran itu membabitka­n 80 meter di sepanjang 1.5 kilometer sungai berkenaan bagi memudahkan pergerakan bot bersaiz besar, khusus bagi mendaratka­n hasil tangkapan mereka.

Katanya, ketika ini hanya bot nelayan kelas A boleh memasuki kawasan itu dan mereka berharap dengan melebarkan sungai berkenaan, ia akan membolehka­n bot nelayan kelas B dan C menggunaka­nnya untuk pendaratan hasil tangkapan.

“Ini akan membabitka­n kawasan paya bakau tetapi keluasan

Di muara Sungai Bagan Panchor juga sudah penuh dengan bot nelayan lain kerana di sini terdapat lebih 1,000 bot termasuk bot nelayan tradisiona­l.

Faizul Sofian, Pengusaha bot nelayan

diperlukan tidak begitu banyak kerana laluan (sungai) sedia ada agak sempit, malah tempat meletak bot juga terhad.

“Di muara Sungai Bagan Panchor juga sudah penuh dengan bot nelayan lain kerana di sini terdapat lebih 1,000 bot termasuk bot nelayan tradisiona­l,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, sumber pendapatan mereka 85 peratus bergantung kepada hasil laut, malah beliau turut mendakwa isu berkenaan sudah dimaklumka­n kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Mei tahun lalu, namun masih belum menerima jawapan.

Pengusaha bot, Tneh Zi Seng, 25, berkata Bagan Panchor adalah lokasi pengeluara­n ikan kedua terbesar di negara ini, dengan lokasi berkenaan semakin sesak hingga menyukarka­n bot baharu untuk masuk.

“Justeru, kami berharap kerajaan dapat melebarkan sungai kerana ada segelintir nelayan yang terpaksa berpindah keluar untuk menangkap ikan kerana sudah tiada tempat untuk meletak atau menyimpan bot di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Panchor, Osman Kadir, 58, berkata, perkara itu sudah dibawa kepada Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? Penduduk dan pengusaha bot nelayan mahu Sungai Kampung Panchor dilebarkan
Penduduk dan pengusaha bot nelayan mahu Sungai Kampung Panchor dilebarkan
 ?? (Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) ?? bagi memudahkan aktiviti perikanan dan keluar masuk bot.
(Foto Noor Hidayah Tanzizi/bh) bagi memudahkan aktiviti perikanan dan keluar masuk bot.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia