Berita Harian

‘Mampu rapat jurang ekonomi’

Lima projek pembanguna­n di Kelantan giat dijalankan

- Oleh Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

Kota Bharu: Keputusan Kerajaan Persekutua­n meluluskan lima projek pembanguna­n di Kelantan dilihat mampu merapatkan jurang ekonomi negeri ini dengan negeri maju yang lain.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata ini berikutan projek pembanguna­n sedang giat dijalankan dan sentiasa diberi tumpuan dari masa ke semasa.

Katanya, antaranya projek pembinaan jambatan Palekbang Tumpat yang menghubung­kan daerah Tumpat dan Kota Bharu.

“Bagi projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa pula meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur di Kelantan sekali gus menampung kemasukan lebih ramai pelancong.

“Projek pembanguna­n seperti ini sudah lama dinantikan penduduk Kelantan kerana kerajaan negeri tidak mampu melaksanak­annya. “Kelantan antara enam negeri yang diberi tumpuan dalam peruntukan pembanguna­n apabila banyak projek sedang dilaksanak­an yang memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Korban Perdana di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Ketereh, di sini, semalam.

Dalam program itu, sebanyak 11 lembu dikorbanka­n sempena sambutan Aidiladha sumbangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Ketereh.

Radzi berkata, selain itu, projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3 (LPT3) sejauh 150 kilometer bermula dari Terengganu hingga Tumpat dilihat sebagai peluang ekonomi kepada penduduk pesisir Pasir Puteh.

 ?? [Foto Nik Abdullah NIK Omar /BH] ?? Radzi bersama penduduk bergotong-royong melapah lembu korban di Sungai Ketereh.
[Foto Nik Abdullah NIK Omar /BH] Radzi bersama penduduk bergotong-royong melapah lembu korban di Sungai Ketereh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia