Berita Harian

KDEBWM sumbang tujuh ekor lembu 4 kawasan pentadbira­n

-

Kuala Lumpur: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbang tujuh ekor lembu untuk majlis korban di empat kawasan pentadbira­n majlis daerah sempena Aidiladha.

Ketua Media dan Perhubunga­n Awam KDEBWM, Mahfuzah Muhamad Tarmidi, berkata sumbangan itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat pihaknya yang dilaksanak­an setiap tahun bagi ibadah korban.

Katanya, KDEBWM juga antara satu anak syarikat Kerajaan Selangor yang terbabit dalam Program Agihan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor 2019 yang turut menyumbang 1,200 lembu kepada pengurusan masjid dan surau di Selangor.

“Empat kawasan pentadbira­n majlis daerah yang menerima sumbangan lembu korban itu ialah Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

“Program ibadah korban ini bermula dengan aktiviti sembelihan, melapah, membungkus dan seterusnya pengagihan daging lembu kepada golongan yang memerlukan termasuk asnaf, anak yatim dan fakir miskin di kawasan berkenaan.

“Kita berharap sumbangan lembu ini dapat membantu menceriaka­n golongan kurang berkemampu­an, selain dapat memeriahka­n lagi sambutan Aidiladha kali ini,” katanya.

Mahfuzah berkata, KDEBWM berharap dapat meneruskan inisiatif itu bagi program ibadah korban pada masa akan datang.

KDEBWM juga antara satu anak syarikat Kerajaan Selangor yang terbabit dalam Program Agihan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor 2019 yang turut menyumbang 1,200 ekor lembu kepada pengurusan masjid dan surau di Selangor.

Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Ketua Media dan Perhubunga­n Awam KDEBWM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia