Berita Harian

UNISZA bantu pelarian Syria

-

Kuala Nerus: Pelarian Syria yang ditempatka­n di Istanbul, Turki hanya berpeluang menikmati hidangan berasaskan daging hanya sekali setahun.

Mengambil iktibar dari kis ah itu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengambil inisiatif mengorbank­an dua lembu dan dua kambing untuk diagihkan kepada 200 keluarga pelarian Syria dalam usaha memberi keceriaan kepada mereka sempena sambutan Aidiladha.

Program bertujuan membantu pelarian Syria di Turki terbabit disertai 27 ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan UNISZA bersama dua pensyarah dan seorang pegawai pengiring.

Pengarah Program, Muhammad Fadhil Mohd Sobri, berkata haiwan korban dan aqiqah itu diperoleh melalui sumbangan rakyat Malaysia daripada pembelian bahagian lembu dan kambing dikendalik­an Tabung Solidariti Kemanusiaa­n Pelarian Syria.

“Kami berharap program ini dapat menceriaka­n saudara sesama Islam bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Kehadiran kami di sana sejak lima hari lalu sedikit sebanyak membantu dan mengurangk­an sedikit beban kehidupan pelarian Syria,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini semalam.

Muhammad Fadhil berkata, golongan pelarian Syria yang ditemui tinggal di kawasan perumahan setinggan, manakala sebahagian lagi tidak memiliki tempat tinggal.

“Keadaan mereka jauh lebih teruk ketika musim sejuk, malah rata-rata pelarian Syria di Turki hanya dapat merasa daging sekali saja dalam setahun iaitu pada Aidiladha sekiranya bernasib baik.

“Cukup tersentuh hati melihat keterujaan mereka ketika menerima daging korban dan aqiqah yang diagihkan. Jelas kelihatan mereka sangat memerlukan­nya dan memberi keceriaan kepada mereka,” katanya.

 ?? [Foto Ihsan UNISZA] ?? Fadhil menyerahka­n daging korban dan aqiqah kepada pelarian Syria di Istanbul, Turki.
[Foto Ihsan UNISZA] Fadhil menyerahka­n daging korban dan aqiqah kepada pelarian Syria di Istanbul, Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia