Berita Harian

Uchop sedekad menanti tuah

-

Hampir sedekad mencari ruang, baru kini Uchop menemui kepuasan yang diharapkan. Pernah dinobatkan sebagai juara program, Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012, tuah hanya menyebelah­inya selepas menghasilk­an single, Bisa Pertama.

“Lama saya bergelut untuk membuktika­n bakat, malah hampir setiap tahun, saya mencuba nasib dengan mengeluark­an single baharu.

“Hanya selepas menghasilk­an Bisa Pertama, baru tuah menyebelah­i. Mungkin video saya berpakaian seperti orang gila ketika membuat persembaha­n di sebuah pusat beli- belah yang tular, baru-baru ini membantu nama saya lebih dikenali.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila nama berada dalam senarai awal ABPBH 32. Kalau berjaya membolosi Top 5, saya anggap ia sebagai bonus,” katanya.

Duda anak dua ini akur, dia tidak memiliki nilai komersial, namun kekurangan itu bukan halangan untuk terus memahat nama.

“Saya tidak berkecil hati jika ada yang memandang rupa, berbanding bakat. Saya mahu fokus menonjolka­n bakat yang ada kerana itu memberikan lebih kepuasan.

“Saya perlu bekerja keras untuk survival. Selain menyanyi, saya juga mengusahak­an perniagaan kecil-kecilan menerusi trak kendera saji.

“Selepas ini, saya bercitacit­a untuk menganjurk­an perlumbaan motosikal membabitka­n selebriti. Saya memang suka aktiviti lumba motosikal dan kereta,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh ??
(Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia