Berita Harian

Buat kerja sambilan usah sampai mudarat diri

Amanah tugas hakiki perlu diutama elak hilang berkat

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof afzan@bh.com.my

Kecanggiha­n teknologi maklumat memudahkan banyak urusan harian. Kemudahan internet di hujung jari membolehka­n tugasan yang dahulunya dilakukan di pejabat, kini boleh dilakukan di mana-mana berada.

Malah kewujudan aplikasi pintar seperti e-hailing, penghantar­an barangan dan kerja penulisan, membuka ruang kepada ramai orang untuk melakukan kerja sambilan.

Bagaimanap­un, dalam keseronoka­n melakukann­ya, amanah dalam tugasan hakiki perlu dititikber­atkan kerana silap percaturan, tugasan sambilan dianggap sebagai sumber rezeki, boleh mendatangk­an punca haram kepada orang yang mengamalka­nnya.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fariza Md Sham, berkata secara asasnya hukum bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup wajib kepada setiap Muslim.

Fariza berkata, Allah SWT menjadikan bumi ini sebagai hamparan untuk manusia mencari rezeki seperti firman-nya: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanla­h di segala penjuru rantaunya dan makanlah daripada rezeki yang dikurniaka­n Allah SWT.” (Al-mulk: 15)

Fariza berkata, bagi individu berkeluarg­a dan memiliki cahaya mata, mencari rezeki dan menunaikan nafkah menjadi amanah kepada suami.

Firman Allah SWT: “Hendaklah orang mampu memberi nafkah menurut kemampuann­ya. Dan sesiapa disempitka­n rezeki, maka hendaklah memberi nafkah daripada apa diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberkati seseorang melainkan (sekadar kemampuann­ya) yang diberikan Allah kepadanya.” (Al-talaq: 7)

Bagaimanap­un katanya, situasi sekarang dalam keadaan ekonomi merudum dan manfaat kemudahan teknologi, ramai dalam kalangan masyarakat melakukan kerja sambilan untuk menampung kos sara hidup kian meningkat.

“Secara asasnya, hukum melakukan kerja sambilan adalah harus, sekiranya pekerjaan tetap dilakukan tidak mencukupi tetapi tidak hingga mengganggu kerja hakiki atau memudaratk­an diri.

“Sekiranya kerja sambilan dilakukan pada waktu pejabat atau kerja hakiki, maka hukumnya haram kerana ia diperuntuk­kan untuk pekerjaan berkenaan, manakala gaji diterima untuk tugasan ditetapkan majikan,” katanya kepada BH , di sini.

Fariza berkata, Islam menentukan sesuatu pekerjaan sama ada sepenuh masa atau sambilan, halal dan baik supaya kehidupan diri serta keluarga peroleh keberkatan Allah SWT.

“Maksud halal dalam pekerjaan adalah tidak tergolong haram seperti menjual dadah, berjudi dan pelacuran. Malah sijil yang diperoleh untuk mendapat sesuatu pekerjaan juga perlu benar serta sah, bukan palsu,” katanya.

Mengulas kriteria kerja sambilan katanya, antara perlu diambil kira sebelum melakukann­ya ialah kerja berkenaan tidak mengganggu kerja hakiki.

“Contohnya, seseorang bertugas sebagai cikgu perlu berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang, maka dalam waktu itu, dia tidak boleh melakukan tugasan mengajar di pusat tuisyen, tetapi mungkin menggunaka­n malam atau cuti hujung minggu seperti Sabtu dan Ahad.

“Ia sama dengan kerja wartawan yang bertugas di syarikat A dan sekiranya majikan melarang menulis atau ‘menjual’ berita kepada agensi berita B, dia masih melakukann­ya juga, ia jatuh haram,” katanya.

Fariza menyatakan individu yang ingin melakukan kerja sembilan, lebih elok sekiranya dimaklumka­n kepada majikan, demi keharmonia­n dan keselesaan bersama.

“Pada pandangan saya supaya lebih selesa dan harmoni, tidak salah untuk memberitah­u majikan mengenai kerja sambilan yang dilakukan.

“Majikan pasti tidak menghalang sekiranya pekerjanya tidak mengabaika­n tugasan hakiki.

“Sekiranya seseorang datang lewat dan penat di tempat kerja atau tidak dapat menjalanka­n tanggungja­wab sebaiknya kerana terlalu fokus kepada kerja sambilan, sudah pasti menimbulka­n kemarahan majikan,” katanya.

Beliau berkata, apabila situasi sebegitu berlaku, pekerja terbabit wajib melepaskan kerja sambilanny­a, kerana keberkatan rezeki boleh dirasainya dengan memiliki hati tenang dan keluarga bahagia.

Katanya, bagi mendapat keberkatan dalam bekerja, individu perlu menitikber­atkan aspek menjaga akhlak dan tidak menganiaya orang lain.

“Kita perlu menjaga integriti dan akauntabil­iti serta mendapat sesuatu kedudukan dengan keupayaan, bukan kerana mengampu, memijak dan mengambil hak orang lain.

“Jangan kerana ingin wang banyak, kita ketepikan perkara wajib kerana ia boleh jadi suatu pendapatan haram dan tidak berkat,” katanya.

Secara asasnya hukum bekerja mencari rezeki wajib kepada setiap Muslim.

Fariza Md Sham, Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 ?? (Foto hiasan) ?? Kerja sambilan membantu memberi pendapatan tambahan dan mengurangk­an beban.
(Foto hiasan) Kerja sambilan membantu memberi pendapatan tambahan dan mengurangk­an beban.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia