Berita Harian

Pelihara aurat dalam media sosial, laman sembang

-

Media sosial sebenarnya bukan laman peribadi, tetapi ada dalam kalangan umat Islam secara sukarela mendedahka­n gambar ahli keluarga tanpa menjaga aurat, sedangkan dalam apa jua bentuk perkongsia­n mempunyai batasan aurat yang perlu dipelihara.

Malang sekali sekiranya umat Islam yang mengetahui batas aurat tetapi masih meminggirk­an aspek itu, semata-mata memenuhi impian ‘berkongsi’ dengan ‘pengikut’ di media sosial atau laman sembang, yang belum tentu memberi manfaat kepadanya dan orang lain.

Agama menekankan pendidikan dan kawalan menjaga aurat, malangnya pengaruh media sosial dan laman sembang menyebabka­n kita mengabaika­n suruhan Allah SWT.

Al-quran menjelaska­n batas aurat seseorang wanita secara lengkap dan menerangka­n siapa yang boleh diperlihat­kan auratnya seperti firman Allah SWT: “Dan katakanlah kepada wanita beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan serta janganlah memperliha­tkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir; dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala; dan janganlah memperliha­tkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami, bapa, bapa mentua, anak, anak tiri, saudara, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan, wanita Islam, hamba, suruhan daripada lelaki yang tua dan tidak berkeingin­an kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentak­kan kaki untuk diketahui orang akan apa tersembuny­i daripada perhiasan dan bertaubatl­ah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman supaya kamu berjaya.” (An-nur: 31)

Kita perlu gambil perhatian betapa tegasnya pesanan Rasulullah SAW: “Hindarilah kalian daripada memasuki (ruang) wanita.” Maka seorang lelaki daripada kalangan Ansar bertanya: “Bagaimana pula dengan ipar (al-hamwu)?” Baginda bersabda: “Ipar duai ialah maut (lebih besar bahayanya).”

Alangkah rugi berbuat dosa kepada aspek aurat yang sudah kita ketahui, tetapi tidak mengambil berat kerana leka dengan keseronoka­n berkongsi gambar dan rakaman video di laman sosial.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu lebih peka terhadap kegemaran anak remaja berkongsi gambar di media sosial, kerana teguran ibu bapa sudah pasti menyedarka­n dan memberi lebih kefahaman kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia