Berita Harian

Prestij Melaka dalam rekod antarabang­sa

Seminar bentang dapatan terbaru empayar yang tumbang kepada Portugis pada 1511

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Melaka: Pujian perlu diberikan terhadap usaha gigih organisasi penyelidik­an sejarah Melaka, Melaka In Fact menganjurk­an Seminar Melaka in The Long 15th Century yang menghimpun­kan sejarawan dan sarjana sastera, sejarah serta budaya untuk berdiskusi serta membentang­kan dapatan terbaru mengenai empayar yang tumbang di tangan Portugis pada 1511 itu.

Selain itu, tentunya ketegasan hala tuju seminar itu sendiri yang berlangsun­g di Ramada Plaza, Melaka yang memfokuska­n sumber Asia sahaja.

Hal itu menurut penganjurn­ya yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Singapura, Prof Madya Peter Borschberg berpunca sumber Asia kurang didengari atau ditonjolka­n apabila perbincang­an mengenai sejarah Melaka diadakan.

Bagaimanap­un agak sayang sekali sumber Asia dirujuk Borschberg itu mungkin boleh dianggap ‘baharu’ dalam kalangan sarjana Eropah sahaja, sedangkan kebanyakan sarjana alam Melayu berbahasa Melayu terutamany­a, sebahagian sumber Asia misalnya China dan Jepun tidak boleh dikatakan baharu.

Contohnya sewaktu Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Northern Arizona, Amerika Syarikat (AS), Prof Derek Heng berkongsi mengenai Melaka in Chinese Texts: Archivalis­ation and Macro Patterns Related to Records of Melaka in the Ming and Qing Periods (Fifteenth to Eighteenth Centuries), beliau memetik manuskrip yang sudah biasa didengar dalam perbincang­an mengenai sumber China mengenai Melaka seperti Mingshilu pada akhir abad ke-17; Yingya Shenglan (1433), Xingcha Shenglan (1436) dan Xiyang Fanguozhi (1434).

Justeru, Heng mengulang kisah keakraban Melaka dan China yang ketika itu diperintah Dinasti Ming dan kisah pelayaran Cheng Ho (Zheng He) yang bagaimana kemudianny­a China menaungi Melaka ketika itu berhadapan dengan ancaman Siam.

Rakaman sumber China pada abad ke-16 pula, kata Heng, seperti Chongbian Qiongtai Gao (1521-1567) mengandung­i keterangan terperinci sejarah dan kedudukan geografi Melaka, selain sifat perdaganga­n di bandar pelabuhan itu.

Namun, satu hal nyata seperti disebut Heng, semua teks itu menyediaka­n dua kunci utama kepada maklumat bandar pelabuhan itu, maklumat dan deskripsi etnografi di bandar pelabuhan serta menyediaka­n akaun agak terperinci mengenai pertukaran diplomatik antara Melaka dan China.

“Maklumat ini kemudianny­a ditambah dengan informasi Sejarah Melayu yang memberikan laporan naratif mengenai pemimpin kesultanan dan pegawai utama daripada perspektif Melayu dan Suma Oriental (Portugis).

“Namun dalam meneliti kesemua teks ini, dapat dilihat rekod China merujuk Melaka sebelum kedatangan Portugis sebagai Manlanjia tetapi dicatat sebagai Maluijia selepas berlakunya penceroboh­an Portugis,” katanya.

Pembentang­an Heng kemudianny­a dilengkapk­an Felo Pascadokto­ral, Center for Global Asia, New York University Shanghai, China, Dr Elke Papelitzky menerusi perkongsia­n kertas kerja, Melaka in Late Ming Historical-geographic­al Texts.

Papelitzky memperkena­lkan tujuh teks yang tidak pernah diperkatak­an sebelum ini dengan kebanyakan­nya merekodkan Melaka sebagai negeri yang mempunyai hubungan erat dengan China hingga ke tahap peribadi dan kedua-duanya saling menghormat­i.

“Melaka juga digambarka­n sebagai negara aman dan sekiranya diserang, akan dipertahan­kan China tetapi tidak berminat untuk mencetuska­n peperangan.

“Namun kedudukan strategik Melaka diabaikan dalam penulisan setiap buku berkenaan,” katanya.

Tegas Papelitzky, semua teks itu menuliskan kepentinga­n Melaka sebagai bandar pelabuhan tetapi rekod itu dibuat ketika pemerintah­an Dinasti Ming.

Namun sesuatu yang mengejutka­n, sejarah penjajahan Portugis langsung diabaikan tetapi Papelitzky mengakui bahawa puncanya tidak dapat dipastikan.

“Dalam semua teks, secara jelas penulisnya, sama ada mengabaika­n atau menulis semula penaklukan Portugis Melaka dengan cara mendakwa masih wujud kesinambun­gan hubungan penghormat­an antara Melaka dan China,” katanya.

Keadaan itu kata Papelitzky, memperliha­tkan penulis tidak mahu menghadapi realiti atau mungkin juga disebabkan pada ketika ia ditulis kedudukan China sudah mula merosot.

Sementara itu, Prof Gakusho Nakajima, Pensyarah Jabatan Sejarah Asia, Universiti Kyushu menerusi perkongsia­nnya, Relation between Ryukyu Kingdom and Melaka Sultanete from the Mid 15th to Early 16th Century: Mainly Seen from Rekidai Hoan hanya mengulang fakta yang pernah dibentangk­an sarjana tempatan, iaitu Prof Emeritus Dr Hashim Musa hampir empat tahun lalu.

Meskipun Nakajima tidak berminat berdebat, sama ada Laksamana Hang Tuah wujud atau tidak, pembentang­an Nakajima menegaskan terdapatny­a hubungan antara Kerajaan Ryukyu dan Melaka.

“Rekidai Hoan merakamkan terdapat pertukaran 19 dokumen antara Ryukyu dan Melaka yang boleh diklasifik­asikan sebagai dokumen diplomatik dan sijil, selain dokumen dikeluarka­n sultan dan laksamana untuk diserahkan kepada Kerajaan Ryukyu,” katanya.

Melaka juga digambarka­n sebagai negara aman dan sekiranya diserang, akan dipertahan­kan China tetapi tidak berminat untuk mencetuska­n peperangan.

Dr Elke Papelitzky,

Felo Pascadokto­ral, Center for Global Asia, New York University Shanghai

 ??  ??
 ??  ?? Derek Heng membentang­kan dapatan terbaru pada Seminar Melaka in The Long 15th Century.
Derek Heng membentang­kan dapatan terbaru pada Seminar Melaka in The Long 15th Century.
 ??  ?? Nakajima membentang­kan hasil kajian pada Seminar Melaka in The Long 15th Century.
Nakajima membentang­kan hasil kajian pada Seminar Melaka in The Long 15th Century.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia