Berita Harian

Cepat ‘naik haji’ jangan sampai terkandas

- ‘Pak Haji’ Putrajaya

Minggu lalu kita dikejutkan dengan insiden 26 jemaah haji negara ini terkandas di lapangan terbang Jeddah berikutan masalah visa haji tidak sah, sehingga menyebabka­n imigresen Arab Saudi terpaksa menahan mereka daripada masuk negara itu.

Semua jemaah haji terbabit menggunaka­n visa furada mendapati nama mereka tiada dalam senarai penerima visa berkenaan, manakala imbasan gambar pasport menunjukka­n wajah orang lain.

Memang diketahui sebilangan jemaah memilih visa furada kerana tidak mahu menunggu giliran lama jika mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH), walaupun tindakan tidak bertanggun­gjawab pihak tertentu yang menjual visa terbabit pada harga tinggi antara RM12,000 hingga RM16,000.

Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mengeluark­an kos keseluruha­n yang lebih tinggi iaitu bermula daripada RM35,000 berbanding pakej haji biasa, yang jauh lebih murah.

Visa berkenaan sememangny­a dikeluarka­n Kedutaan Arab Saudi, tetapi biasanya untuk kenamaan dan pihak tertentu yang biasanya diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualka­n berangkat.

Lebih menyedihka­n tindakan pihak tertentu yang ‘menjual’ perkhidmat­an dengan harga tinggi sedangkan visa berkenaan diberikan secara percuma oleh kerajaan Arab Saudi.

Malangnya keghairaha­n mendapat giliran haji dengan cepat akhirnya merugikan diri apabila ada yang tertipu sehingga menyebabka­n mereka terkandas.

Seharusnya kejadian ini menjadi pengajaran kepada bakal jemaah haji lain supaya lebih berhati-hati dalam keghairaha­n mereka untuk menunaikan ibadat.

Mungkin kerana terlalu percaya, ramai mengambil jalan mudah dan tidak peduli untuk melakukan soal selidik mengenai syarikat pengendali haji yang menawarkan visa furada berkenaan.

Kita harap kejadian ini tidak akan berulang serta memberi pengajaran untuk lebih berhati-hati terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan atau mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pakej haji biasa yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji jauh lebih murah berbanding menggunaka­n visa furada.
(Foto hiasan) Pakej haji biasa yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji jauh lebih murah berbanding menggunaka­n visa furada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia