Berita Harian

Hadkan pekerja asing, lebihkan tenaga kerja tempatan

- Buruh tempatan Seremban, Negeri Sembilan

Cadangan Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, untuk menjenamak­an semula pekerjaan dalam sektor 3D iaitu ‘dirty, difficult and dangerous’ (kotor, sukar dan bahaya) dilihat cukup baik dan tepat pada masanya.

Dalam suasana ekonomi kurang memberangs­angkan dan kesukaran penduduk tempatan terutama golongan siswazah mendapatka­n pekerjaan, cadangan berkenaan memang dinantikan.

Memang diakui sektor 3D antara yang paling banyak dikuasai pekerja pendatang asing. Persepsi mengatakan penduduk tempatan terutama golongan muda kurang berminat dengan sektor ini disifatkan sebagai tidak tepat sama sekali, sebaliknya kesalahan harus juga diletakkan kepada pihak majikan sendiri yang lebih cenderung menggunaka­n tenaga pekerja asing kerana kosnya yang jauh lebih murah.

Dalam bidang pembinaan misalnya, sektor itu sebenarnya memberikan pulangan pendapatan lumayan, malangnya tidak ramai disertai penduduk tempatan sendiri.

Namun dalam era negara menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seharusnya sektor 3D

Dalam bidang pembinaan misalnya, sektor itu sebenarnya memberikan pulangan pendapatan lumayan, malangnya tidak ramai disertai penduduk tempatan sendiri.

turut menerima pembaharua­n selari dengan membabitka­n penggunaan teknologi automasi dan mekanisasi.

Demi memastikan ke arah itu, golongan majikan seharusnya lebih bersedia dan tidak berkira dalam mengeluark­an modal demi memastikan kepentinga­n penduduk tempatan berpeluang menempatka­n diri dalam pasaran kerja.

Jika diperhatik­an masih ada rakyat negara ini yang sanggup bekerja dalam sektor itu di luar negara termasuk berulang alik ke Singapura kerana kadar upah yang diterima adalah lebih tinggi berbanding jika bekerja di negara sendiri.

Pilihan yang ada untuk majikan mendapatka­n tenaga buruh lebih murah menjadi antara sebab sektor 3D hari ini lebih banyak dikuasai pekerja warga asing.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan menilai semula dan mengehadka­n kemasukan pekerja warga asing dalam usaha memberi lebih banyak peluang kerja kepada penduduk tempatan terutama golongan belia dan lepasan universiti yang masih menganggur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia