Berita Harian

Jadual penerbanga­n HK kecoh

China dakwa tindakan pembantah menyamai keganasan

-

Hong Kong: Semua jadual penerbanga­n, pelepasan dan ketibaan ke Hong Kong, dibatalkan, semalam selepas ribuan penunjuk perasaan prodemokra­si membanjiri lapangan terbang antarabang­sa wilayah itu untuk membantah keganasan polis.

Penutupan secara tiba-tiba, antara hab pengangkut­an paling sibuk di dunia itu berlaku ketika kerajaan China dilihat semakin berang dengan penunjuk perasaan apabila menyifatka­n protes sebagai ‘keganasan’.

Kerajaan Beijing membidas gelagat ganas kumpulan berkenaan yang dikatakan membaling bom petrol ke arah anggota polis.

“Penunjuk perasaan radikal di Hong Kong secara berulang menggunaka­n alat yang amat bahaya untuk menyerang polis.

“Ini dianggap jenayah keganasan yang serius dan ketika sama menunjukka­n gambaran awal kewujudan keganasan,” kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Hong dan Macau, Yang Guang, semalam.

Pihak berkuasa Hong Kong berkata, sejumlah 5,000 penunjuk perasaan membanjiri lapangan terbang semalam membawa kain rentang dan melaungkan slogan membantah keganasan polis.

Walaupun beberapa perhimpuna­n lain dianjurkan di premis, sejak tiga hari lalu, pihak berkuasa lapangan terbang berkata, tunjuk perasaan, semalam menyebabka­n kekacauan teruk.

“Operasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong terjejas serius kesan perhimpuna­n umum di lapangan terbang hari ini.

Operasi Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong terjejas teruk kesan perhimpuna­n umum di lapangan terbang, hari ini. Kenyataan lapangan terbang

“Semua penerbanga­n sudah dibatalkan, hari ini (semalam), kecuali pelepasan yang selesai pendaftara­n masuk dan ketibaan penerbanga­n yang sudah dalam perjalanan ke Hong Kong,” menurut kenyataan lapangan terbang itu.

“Trafik ke lapangan terbang amat sesak dan tempat letak kereta di premis itu penuh. Orang awam dinasihatk­an supaya tidak datang ke lapangan terbang,” katanya.

Di lapangan terbang, penunjuk perasaan memegang kain rentang menyatakan ‘Hong Kong tidak selamat’ dan ‘polis memalukan’ merujuk kepada taktik ganas polis terhadap penunjuk perasaan.

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kumpulan prodemokra­si menghadiri satu bantahan besar-besaran selepas seorang wanita dilaporkan ditembak di bahagian mata di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong, semalam.
(Foto REUTERS) Kumpulan prodemokra­si menghadiri satu bantahan besar-besaran selepas seorang wanita dilaporkan ditembak di bahagian mata di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong, semalam.
 ?? (Foto REUTERS) ?? Penumpang terkandas menolak bagasi dekat lapangan terbang, semalam.
(Foto REUTERS) Penumpang terkandas menolak bagasi dekat lapangan terbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia