Berita Harian

Pemimpin Islam ucap selamat kepada Raja Salman

Laluan bas khas hubung 3 peringkat ibadat haji catat rekod

-

Mina: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota, Mohammed Salman menerima ucapan selamat daripada beberapa pemimpin negara Islam sempena sambutan Aidiladha, lapor media tempatan.

Arab News melaporkan, antara pemimpin yang membuat panggilan telefon adalah, Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-ahamd Al-jaber Al Sabah, Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-khalifa dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-sisi.

Raja dan putera mahkota mengucapka­n terima kasih kepada semua pemimpin terbabit atas doa mereka dan kedua pemimpin itu turut menghantar ucapan balas kepada pemimpin negara Islam lain.

Sabtu lalu, Raja Salman tiba di Mina untuk meninjau kemudahan haji. Kira-kira 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan haji, perhimpuna­n tahunan terbesar di seluruh dunia.

Agensi Press Saudi melaporkan, Raja Salman berada di Mina untuk memastikan semua kemudahan yang disediakan kerajaan dan badan swasta menepati keperluan jemaah dan memudahkan mereka untuk menjalanka­n ibadat dalam keadaan tenang dan selamat. AGENSI Bukit Arafah: Kerajaan Arab Saudi mengakui usaha menyediaka­n pengangkut­an bagi jutaan jemaah yang membanjiri kota suci Makkah bagi menunaikan haji adalah cukup mencabar.

“Kami menerima hampir 2.5 juta jemaah, tahun ini dan menyediaka­n pengangkut­an untuk semua jemaah ini adalah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia