Berita Harian

Boris berdepan undi tak percaya

-

London: Parti pembangkan­g Britain, Parti Buruh berkata kerajaan Perdana Menteri, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya, ketika bercakap dengan parti lain di Parlimen mengenai pilihan yang ada.

Ketika di tanya BBC mengenai kemungkina­n undi tidak percaya, wakil parti Buruh, Diane Abbott berkata: “Siapa yang yakin terhadap Boris Johnson kecuali mereka yang berada di sekeliling­nya?”

Abbott yang juga bakal menteri hal ehwal dalam negeri berkata beliau tidak layak untuk mengatakan bahawa undian sedemikian akan berlaku, tetapi mengakui ia adalah satu pilihan.

“Kami sedang berbincang dengan semua parti lain di Parlimen.

“Sekiranya kami memilih undi tidak percaya, kami mahu melakukann­ya dengan penuh yakin bahawa kami oleh memenangin­ya,” kata Abbott.

REUTERS Seorang kanak-kanak menunaikan solat Aidiladha di Masjid Jamek yang turut dihadiri ribuan jemaah lain di New Delhi, India, semalam.

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia