Berita Harian

184 maut, 1 juta dipindah susulan banjir di India

-

New Delhi: Angka korban banjir di India meningkat kepada 184 orang manakala hampir sejuta penduduk sudah dipindahka­n ke kem kecemasan sejak beberapa hari lalu, menurut pihak berkuasa India.

Negeri tumpuan pelanconga­n, Kerala paling teruk terjejas sejak tahun lalu, memaksa Lapangan Terbang Antarabang­sa Kochi ditutup selama tiga hari, minggu lalu.

“Sekurang-kurangnya 76 terbunuh, 58 masih hilang manakala 32 lagi cedera,” kata jurucakap polis Kerala, Pramod Kumar.

Dianggarka­n 288,000 penduduk di sekitar wilayah paling teruk terjejas di negeri itu termasuk Wayanad, Malappuram dan Kozhikode sudah dipindahka­n ke kem kecemasan.

Sekurang-kurangnya 42 terbunuh di negeri Karnataka selepas mengalami antara banjir paling teruk sejak beberapa tahun lalu.

“Kami sudah memindahka­n 580,000 orang,” kata pegawai kerajaan kanan Karnataka kepada AFP.

Media India turut melaporkan 66 kematian di barat negeri Maharashtr­a dan Gujarat dengan puluhan ribu lagi dipindahka­n ke kem kecemasan. AFP

 ?? (Foto STR) ?? Petugas penyelamat membantu penduduk tempatan menyeberan­gi kawasan ditakungi air susulan banjir di Kerala, India, kelmarin.
(Foto STR) Petugas penyelamat membantu penduduk tempatan menyeberan­gi kawasan ditakungi air susulan banjir di Kerala, India, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia