Berita Harian

Bale kembali beraksi jadi tanda tanya

-

Madrid: Pemain Real Madrid, Gareth Bale tampil beraksi kali pertama dalam empat siri jelajah pramusim sekali gus membayangk­an dia masih mendapat tempat di hati jurulatih, Zinedine Zidane.

Bale masuk sebagai pemain gantian ketika Real seri 2-2 menentang Roma di Stadio Olimpico, awal pagi semalam sebelum tewas menerusi penentuan penalti.

Ketika ditanya selepas tamat perlawanan, Zidane enggan mengulas kemungkina­n perpindaha­n penyerang Paris Saint-germain, Neymar ke Real.

Perlawanan itu yang ketujuh dan aksi pemanas badan terakhir sebelum La Liga membuka tirai minggu hadapan dan Bale hanya bermain tiga perlawanan sebagai pemain gantian.

James Rodriguez yang dijangka meninggalk­an Real pada musim panas ini langsung tidak berada di bangku simpanan ketika menentang Roma.

“Bale dan James pemain Real Madrid.

“Apa sahaja boleh berlaku sehingga 31 Ogos, tetapi kami tetap mempercaya­i pemain kami,” kata Zidane.

Zidane sebelum ini menegaskan Bale tidak termasuk dalam pelan pemulihan Real Madrid dan pemain Wales itu disisihkan dalam tiga aksi persahabat­an menentang RB Salzburg, Fenerbahce dan Tottenham.

Tetapi selepas perpindaha­nnya ke China bulan lalu gagal, Bale kembali beraksi menentang Roma dengan masuk sebagai pemain gantian pada setengah jam terakhir perlawanan.

Ketika kedudukan terikat, dia hampir muncul wira namun percubaann­ya sedikit tersasar dan sekali lagi pada minit ke-92.

Bagaimanap­un, Bale belum pasti disenaraik­an Zidane bagi berdepan Celta Vigo dalam aksi pembukaan musim Sabtu ini.

AFP

 ?? (Foto REUTERS) ?? Bale tampil beraksi kali pertama dalam empat siri jelajah pramusim.
(Foto REUTERS) Bale tampil beraksi kali pertama dalam empat siri jelajah pramusim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia