Berita Harian

Solskjaer tabik aksi Pogba

Bintang tengah United tunjuk sikap profesiona­l

-

Manchester: Selepas mengumumka­n akan meninggalk­an kelab ketika akhir musim tetapi akhirnya kekal di Old Trafford, perhatian tertumpu kepada Paul Pogba ketika Manchester United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris, semalam.

Jelas, perancang Perancis itu tidak terganggu dengan situasi itu apabila menunjukka­n kualitinya dengan melorongka­n bola kepada Marcus Rashford untuk gol ketiga dan kemudian menerajui serangan balas membuat umpanan kepada Dan James bagi gol keempat.

Susulan aksi cemerlangn­ya yang membantu The Red Devils membuka kempen dengan langkah kanan dengan membelasah Chelsea 4-0 itu, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pantas memuji aksi bekas bintang Juventus berkenaan.

Bagaimanap­un, Pogba yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid atau Juventus menegaskan masa depannya bersama United belum pasti dan masih samar.

“Saya sentiasa berasa bagus ketika bermain, saya melakukan apa saya suka apatah lagi ia tugas saya. Saya memberikan segalanya di atas padang,” kata Pogba kepada stesen radio Perancis RMC.

“Saya tahu apa yang telah saya perkatakan. Hanya masa menentukan, akan selalu ada tanda tanya.

“Saya di Manchester. Saya gembira bersama rakan sepasukan. Saya mahu menang dan beri yang terbaik setiap kali beraksi.”

Walaupun jendela perpindaha­n EPL tamat Khamis lalu, tetapi perpindaha­n ke Liga Sepanyol masih dibuka sehingga 2 September ini.

Sementara itu, Solskjaer memuji sikap profesiona­l Pogba.

“Dia pemain hebat dan cukup profesiona­l serta cintakan bola sepak, dia lebih berkembang di sini (Old Trafford), dia pemenang Piala Dunia,” kata Solskjaer.

“Dia sudah matang dalam kariernya dan tidak perlu berasa kecewa. Ada ketika dia merasainya tetapi itu tidak mengapa. Teruskan bermain bola,” katanya.

AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia