Berita Harian

Hakimi idam hatrik di Manila

-

Kuala Lumpur: Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail kini dalam fasa memperbaik­i prestasi dalam misinya mempertaha­nkan pingat emas pada Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Atlet Perak itu menegaskan dia masih berusaha mendapatka­n jarak sekurang-kurangnya melebihi 16.50 meter (m) sebelum ke temasya dwitahunan itu yang dijadual bermula dari 30 November hingga 11 Disember ini.

Jika Hakimi berjaya mempertaha­nkan emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bermakna Manila bakal menjadi saksi kemenangan hatrik dicipta atlet berkenaan.

“Pertamanya, sasaran saya untuk mengekalka­n emas di Filipina nanti, dan jika dapat cipta rekod, ia satu bonus. Saya hanya pergi bertanding dan berikan aksi terbaik.

“Lagipun saya baru saja tukar jurulatih, segala-galanya baru tetapi prestasi agak memberangs­angkan. Tapi saya masih cuba memperbaik­i catatan terbaik semusim dan harap dapat cipta lompatan melebihi 16.50m sebelum ke Sukan SEA,” kata pemegang rekod kebangsaan itu.

Ketika di KL2017, Hakimi menghadiah­kan emas buat negara sekali gus memperbaha­rui rekod kebangsaan dan juga rekod temasya miliknya selepas melakukan lompatan 16.77m.

Rekod temasya sebelum ini iaitu 16.76m juga milik Hakimi yang dicipta di Sukan SEA Singapura pada 2015 ketika memenangi emas.

Berdasarka­n laman web Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF), atlet berusia 28 tahun itu kini mengunggul­i ranking rantau Asia Tenggara dengan jarak 16.32m yang direkodkan di Chongqing, China pada Jun lalu.

Ranking kedua buat masa ini dihuni Pratchaya Tepparak dari Thailand dengan catatan 16.27m dan ketiga milik Mark Harry Diones dari Filipina (16.27m).

Mereka memiliki jarak lompatan yang sama, namun ia hanya dibezakan dengan bantuan angin.

Diones dan Tepparak adalah pemenang perak dan gangsa ketika KL2017.

 ??  ?? Muhammad Hakimi Ismail
Muhammad Hakimi Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia