Berita Harian

‘Kami rasai ketiadaan Shalin’

-

Kuala Lumpur: Ketiadaan pemain boling berpengala­man, Shalin Zulkifli bersama skuad wanita negara ke Kejohanan Dunia di Las Vegas dari 22 hingga 30 Ogos ini banyak mengubah suasana di dalam pasukan.

Syaidatul Afifah Badrul Hamidi berkata, Shalin yang juga pemain senior sering kali memainkan peranan penting di dalam pasukan, namun ketiadaan pemain itu perlu dibiasakan. “Apabila Shalin tiada dalam pasukan,

rasa sedikit kelainan kerana selalunya kami mempunyai ketua dan Shalin juga yang selalu menaikkan semangat buat rakan sepasukan.

“Jadi rasa ada sedikit kekurangan apabila tiada ‘mama’ (Shalin), tapi kami boleh atasi perkara berkenaan. Nerosha (Nerosha Keligit) juga mempunyai kelebihan tersendiri,” kata Syaidatul Afifah kepada BH Sukan, semalam.

Syaidatul Afifah adalah antara pemain memenangi pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas pada 2017 selepas menewaskan Singapura 214-209, 188-177.

Selain Syaidatul Afifah, Malaysia ketika itu turut diwakili Shalin, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane dan Natasha Roslan.

Bagaimanap­un, Shalin tidak terpilih kali ini dengan tempatnya digantikan dengan Nerosha.

“Sudah tentu kami harap dapat pertahanka­n emas berpasukan yang dimenangi pada 2017. Bukan senang nak pertahanka­n kejuaraan, tapi kami akan berusaha.

“Saya juga ingin memberi tumpuan terhadap acara individu dan harap mampu memenangi emas,” kata Syaidatul Afifah yang mengakui penganjura­n kejohanan dunia di tempat sama memberikan kelebihan buatnya.

Kejohanan Dunia di Las Vegas 2019 adalah penampilan ketiga buat atlet berusia 28 tahun berkenaan. Kali pertama atlet dari Perak berkenaan beraksi adalah pada Disember 2015 ketika berlangsun­g di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

 ??  ?? Syaidatul Afifah
Syaidatul Afifah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia