Berita Harian

Morbidelli, Sasaki berupaya bangkit

Razlan mahu kedua-dua pelumba gegar baki sembilan pusingan

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Prinsipal pasukan PETRONAS Sepang Racing, Datuk Razlan Razali berharap dua pelumbanya - Franco Morbidelli dan Ayumu Sasaki kembali menemui rentak terbaik mereka pada baki sembilan musim ini.

Morbidelli yang beraksi dalam kelas perdana Motogp menamatkan perlumbaan di Litar Red Bull Ring-spielberg di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-14 manakala Sasaki (kelas Moto3) ke-13, kelmarin.

“Hujung minggu yang menakjubka­n,” kata Razlan. "Penamat di podium untuk John Mcphee (Moto3) dan Fabio Quartararo (Motogp).

“Kami sangat gembira dengan keputusan ini tetapi tidak bermakna kami akan mengambil mudah saingan seterusnya dan kami mahu meneruskan usaha gigih ini.

“Masih ada sembilan pusingan, saya harap Frankie (Morbidelli) dan Ayumu (Sasaki) dapat bangkit semula kerana kami mahu semua pelumba berada di depan.

“Hari ini (kelmarin), kamu gembira - tetapi kamu sentiasa mahu lebih lagi.

“Kami mahu lakukan lebih baik di setiap pusingan. Banyak harapan tinggi diletakkan dan kami harus teruskan usaha gigih ini untuk mencapainy­a,” katanya.

Selain dua penamat di podium itu, wakil SIC Racing Team dalam saingan baharu di Kejuaraan Dunia, kelas Motoe, Bradley Smith (One Energy Racing) turut meraih penamat di tempat ketiga.

Malah, dua pelumba kem Pembanguna­n Bakat SIC - Adam Norrodin dan Kasma Daniel Kasmayudin - turut meraih kemenangan dalam kelas Supresport­s 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabang­sa Zhuhai.

 ??  ??
 ??  ?? Razlan memberi kata motivasi kepada Sasaki sebelum perlumbaan GP Austria, kelmarin.
Razlan memberi kata motivasi kepada Sasaki sebelum perlumbaan GP Austria, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia