Berita Harian

Milunovic mahu lepas geram kepada FELDA

-

Melaka: Pemain import Melaka United (MU), Luka Milunovic tekad membantu pasukannya bangkit meraih tiga mata pada aksi ketiga Kumpulan D saingan Piala Malaysia berdepan FELDA United, Sabtu ini.

Walaupun sedar The Fighters mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri, dia jelas mahu menggunaka­n perlawanan itu bagi menebus kehampaan tewas kepada Selangor 0-1 di Stadium Hang Jebat, minggu lalu.

“Kami sedar FELDA United pasti beraksi bermati-matian untuk memenangi perlawanan itu bagi menghidupk­an semula peluang selepas mereka sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan.

“Jadi, kami perlu berwaspada bagi mengelak tewas lagi sekali gus boleh menjejaska­n peluang ke suku akhir,” katanya.

Apa yang pasti nasib tidak menyebelah­i skuad Hang Tuah ketika kecundang di tangan The Red Giants selepas mengasak hebat kubu pelawat pada babak kedua perlawanan.

Malah, pemain dari Serbia itu yang turun selaku penyerang utama menggantik­an Davy Angan yang masih cedera beraksi cemerlang dengan dua rembatanny­a dinafikan penjaga gol lawan, Khairul Azhan Mohd Khalid.

Bekas pemain bawah 21 tahun Serbia itu yang pernah beraksi di Liga Serbia, Belgium dan Greece bersama pasukan OFK Beograd, Zulte Waregem, Aris, Platanias serta Red Star dijangka terus mengisi tempat Angan ketika menentang FELDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia