Berita Harian

Pengarah teknikal NFDP ganti Teong Kim

-

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih remaja Paris Saint Germain (PSG), Saad Ichalelene menjadi calon pilihan untuk mengisi tempat Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Berdasarka­n rekod, Saad warga Perancis berketurun­an Algeria yang pernah menjadi ketua jurulatih B-14 dan penolong jurulatih B-19 kelab gergasi Perancis itu juga tidak kurang hebat dalam aspek mengasah bakat pemain.

Antara pemain yang menyerlah menerusi ‘air tangannya’ adalah Alphonse Areola, Adrien Rabiot, Presnel Kimpembe, Matteo Guendouzi dan Dan-axel Zagadou.

Walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) masih mengunci mulut namun pengesahan daripada Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin sebelum ini seakan beri bayangan jawatan itu akan diisi oleh tenaga import.

“Kita sudah berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MSN. Pengumuman rasmi akan dibuat oleh menteri sendiri (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) nanti.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan, ia adalah satu berita baik di mana perkembang­an ini dapat memberi penambahba­ikan daripada struktur yang ada sekarang. Ia kombinasi antara tempatan dan import.

“Perubahan ini cukup penting di mana kita akan laksanakan dan lengkapkan apa yang FAM sudah lakukan dengan Peta Hala Tuju F:30 dan kita akan bekerjasam­a dengan mereka,” kata Jefri.

Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri nanti.

Jefri Ngadirin, Pengarah Bahagian Atlet MSN

 ??  ?? Saad Ichalelene
Saad Ichalelene

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia