Berita Harian

Misi lebur rekod Australia

Skuad negara wajib menang jika mahu ke separuh akhir

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad bawah 18 tahun (B-18) negara tiada pilihan selain memastikan mereka membenam Australia, hari ini sekiranya mahu laluan ke separuh akhir Kejuaraan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) cerah.

Ketika kesilapan di perlawanan pertama tewas 0-1 kepada tuan rumah, Vietnam sedikit merosakkan kempen negara kali ini, Malaysia wajib menjadikan Australia sebagai mangsa sekiranya tidak mahu melakar ‚sejarah‘ sebagai juara bertahan yang tersingkir awal.

Skuad Brad Maloney harus sedar kejayaan meraih mata maksimum ketika menentang Australia akan menjadi detik penentu laluan ke separuh akhir kerana pertarunga­n ke separuh akhir kini membabitka­n tiga penjuru antara mereka, Australia dan Vietnam.

Australia kini muncul pendahulu Kumpulan B dengan sembilan mata termasuk menewaskan Vietnam 4-1 dan Vietnam yang berkongsi 6 mata bersama Malaysia dijangka tidak berdepan masalah mengutip mata menentang Thailand, hari ini dan Kemboja.

Sekalipun di atas kertas kelebihan jelas memihak kepada Australia, Maloney yang juga warga negara Australia mungkin mempunyai formula terbaik untuk ‚menghadiah­kan‘ kekalahan sulung kepada pasukan negaranya sendiri.

Menyedari kualiti yang dimiliki Australia, Maloney bagaimanap­un dijangka tidak melakukan perubahan besar termasuk daripada aspek taktikal.

“Jelas Australia pasukan pilihan untuk kejohanan ini. Majoriti pemain mereka beraksi di A-league (Australia) dan ada juga yang beraksi bersama kelab luar.

“Pastinya ia akan jadi perlawanan yang sukar untuk dihadapi. Bagaimanap­un kami akan ambil pendekatan sama seperti perlawanan terdahulu dan kekal dengan cara yang kami lakukan.

“Sudah tentu kemenangan diburu untuk memudahkan laluan kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Aksi skuad B-18 Malaysia ketika menentang Kemboja.
Aksi skuad B-18 Malaysia ketika menentang Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia