Berita Harian

Jumpa rangka manusia rentung

-

Kuching: Hasrat dua lelaki mencari besi buruk terbantut selepas menemui rangka manusia dalam keadaan rentung dan terbakar di Jalan Pelabuhan, Pending, di sini malam kelmarin.

Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripadany­a membuat laporan polis kira-kira jam 1 pagi semalam untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata, rangka itu ditemui kira-kira jam 11 malam oleh seorang peniaga besi buruk dan rakannya di kawasan belukar berhampira­n Jambatan Pending.

“Berdasarka­n laporan polis diterima, mereka menemui tulang dan tengkorak manusia dalam guni, dengan keadaannya rentung serta mempunyai kesan terbakar.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahagian tulang yang dapat dikenal pasti adalah tulang kaki, pinggul dan kepala,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia