Berita Harian

Tentera jalani ibadah korban bersama rakyat

-

Padawan: Masyarakat Bidayuh Islam di Kampung Darul Islam Belimbing tetap menyambut Aidiladha seperti biasa biarpun dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu.

Bekas Ketua Kampung yang juga Pengerusi Masjid kampung berkenaan, Hussein Banyak, 62, berkata, sambutan tahun ini dirai secara sederhana.

“Ia berjalan seperti biasa dan meriah. Hari ini, kami sangat bersyukur apabila anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir ke kampung kami untuk melakukan ibadah korban.

“Sudah semestinya, program seperti ini akan menyemarak­kan lagi semangat berkorban dalam menghayati syiar Islam,” katanya kepada BH pada program Tentera Bersama Rakyat di kampung berkenaan semalam.

Pada program itu, lebih 60 anggota diketuai Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain menyertai aktiviti menyembeli­h dan melapah lembu korban sempena Aidiladha.

Seekor lembu disembelih dan dilapah sebelum daging korban diagihkan kepada penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia