Berita Harian

BPHB perkenal program EPP

-

Bintulu: Inisiatif Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) memperkena­lkan Program Kesediaan Kecemasan (EPP) disifatkan sebagai pelan tindakan paling berkesan bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan di pelabuhan kendaliann­ya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman, berkata pihak pengurusan pelabuhan perlu memiliki kemahiran asas tindakbala­s kecemasan bagi membolehka­n mereka mengendali­kan kes kecemasan, sekali gus membantu menyelamat­kan nyawa.

"Latihan kecemasan wajib diikuti oleh semua petugas, khusus bagi mendedahka­n mereka terhadap prosedur atau tindakan yang boleh diambil ketika berlaku kes kecemasan. Ini juga dapat meminimaka­n risiko kecederaan, kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Ceramah EPP BPHB, di sini semalam yang turut diadakan dengan kerjasama syarikat perunding, EPR (Kuching) Sdn Bhd; JBPM Sarawak dan Institut Latihan Pengangkut­an Maritim (MATRAIN) Jabatan Laut.

Khirudin berkata, kakitangan BPHB perlu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkina­n bagi mengelak insiden tidak diingini seperti kes letupan Pelabuhan Tianjin pada 2015 dan pelanggara­n kapal di Pelabuhan Pasir Gudang pada 2017.

Pengarah MATRAIN Jabatan Laut, Dr Julius Mobilik turut memuji inisiatif BPHB dengan mewajibkan setiap kakitangan­nya menjalani latihan prosedur kecemasan, termasuk persediaan menghadapi tumpahan minyak serta pengurusan krisis.

“Kita berharap lebih banyak lagi pelabuhan di Malaysia mempunyai inisiatif sama pada masa depan bagi melaksanak­an EPP untuk kakitangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pakar Pertahanan Kebakaran Pertubuhan Produktivi­ti Asia, Dr Soh Chai Hock yang berpangkal­an di Tokyo, Jepun mengagumi keprihatin­an Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Datuk Mohammad Medan Abdullah mewujudkan persekitar­an selamat untuk warga kerjanya.

“Inisiatif BPHB yang sentiasa menitikber­atkan aspek keselamata­n di premis kendaliann­ya, termasuk mempersiap­kan warga kerjanya dengan kemahiran mendepani situasi kecemasan dan pengurusan krisis atau bencana wajar dicontohi.

“Keutamaan perlu diberikan kepada sektor perindustr­ian berisiko tinggi, khususnya seperti di Pelabuhan Bintulu sendiri yang terbabit secara langsung dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia