Berita Harian

IPD Penampang korban 6 lembu, seekor kambing

-

Penampang: Sebanyak enam lembu dan seekor kambing disembelih di perkaranga­n tempat letak kereta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sempena Aidiladha, di sini semalam.

Ibadah itu yang disertai pegawai, anggota dan ahli keluarga IPD Penampang bermula seawal jam 7 pagi sebelum acara gotong-royong menyediaka­n juadah untuk majlis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim, berkata semua haiwan sembelihan itu disumbangk­an Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking, warga IPD Penampang dan orang perseorang­an yang bermurah hati menghulurk­an sumbangan.

Katanya, selain majlis berkenaan, pihaknya turut berkesempa­tan menganjurk­an Program Kepolisan Komuniti bersama masyarakat setempat. “Kita berkesempa­tan mengadakan dua program serentak, termasuk sambutan Aidiladha, dengan sumbangan diagihkan kepada 400 golongan asnaf dan Program Kepolisan Komuniti.

“Ini cara kita mahu mendekati masyarakat bagi mendapatka­n lebih banyak maklumat yang akan digunakan untuk tujuan pencegahan jenayah,” katanya ketika ditemui di IPD Penampang, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Uda Sulai.

Mohd Haris berkata, kehadiran ramai penduduk setempat memperliha­tkan hubungan akrab, yang sekaligus mempermuda­hkan tugas pencegahan jenayah dilaksanak­an.

 ?? [Foto Khairull Azry Bidin /BH] ?? Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang bersama Uda (kiri) menyerahka­n daging korban kepada orang ramai sambil diperhati Haris (tiga dari kiri) di Penampang , kelmarin.
[Foto Khairull Azry Bidin /BH] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang bersama Uda (kiri) menyerahka­n daging korban kepada orang ramai sambil diperhati Haris (tiga dari kiri) di Penampang , kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia