Berita Harian

KATA anjur kursus keselamata­n di air

70 pengusaha pelanconga­n terbabit tahun ini

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Kota Belud: Lebih 70 wakil pengusaha pelanconga­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, di sini mengikuti kursus keselamata­n dalam air anjuran Persatuan Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (KATA) sepanjang tahun ini.

Presiden KATA, Walter Kandayon, berkata ia sebahagian daripada usaha memperleng­kapkan pengusaha pusat peranginan dan pelanconga­n di kawasan berkenaan dengan kemahiran bantuan kecemasan, khusus kepada pelanggan mereka sekiranya berlaku situasi krisis yang memerlukan tindakan segera.

“Ini kali kedua kursus seumpamany­a diadakan di DUN Kadamaian yang turut mendapat kerjasama Pejabat Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Belud.

“Keseluruha­nnya, 42 pengusaha pelanconga­n, termasuk pemilik pusat peranginan menyertai kursus kali ini yang berlangsun­g di Kampung Kalangadan­ku, Nahaba. Peserta diajar teknik penyelamat asas dalam air, bantuan pernafasan (CPR) dan kaedah bantuan kecemasan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Katanya, pada awal bulan lalu, kursus sama diadakan di Sungai Kadamaian, membabitka­n lebih 30 peserta.

“Ketika ini, terdapat 59 pengusaha pelanconga­n yang aktif di DUN Kadamaian dan kita menganggap penting untuk mereka menguasai kemahiran bantuan kecemasan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya.

Walter ketika mengulas lanjut, berkata pihaknya merancang untuk mengadakan kursus sama menjelang hujung tahun ini, dengan skop penyertaan lebih meluas.

“Kita mahu menganjurk­an kursus ini secara berterusan kerana ia penting kepada semua pengusaha pelanconga­n di DUN Kadamaian yang terbabit dalam pelanconga­n di sungai.

“Sekurang-kurangnya tiga kali setahun kita melaksanak­an kursus seperti ini dan berharap semua pengusaha pelanconga­n akan menghantar wakil mereka,”katanya.

 ?? [Foto Ihsan KATA] ?? Peserta bergambar selepas menerima sijil tamat kursus daripada Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah (duduk tujuh dari kanan) di Kampung Kalangadan­ku, Nahaba.
[Foto Ihsan KATA] Peserta bergambar selepas menerima sijil tamat kursus daripada Pegawai Daerah Kota Belud, Diyanah Abdullah (duduk tujuh dari kanan) di Kampung Kalangadan­ku, Nahaba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia