Berita Harian

Mayat Nora ditemui

Mangsa ditemui di kawasan berlurah kira-kira 2.5km dari resort penginapan

- Oleh Azzman Abdul Jamal dan Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Pengecaman ibu dan bapa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 10 hari lalu mengesahka­n mayat ditemui di kawasan lurah 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga itu di Pantai, Seremban, tengah hari semalam adalah anak mereka.

Seremban: Genap 10 hari pencarian, Nora Anne Quoirin, remaja Ireland berusia 15 tahun yang hilang dari resort penginapan­nya di Pantai, di sini pada 4 Ogos lalu, ditemui mati tengah hari semalam.

Mayat remaja itu ditemui jam 1.57 tengah hari di kawasan berlurah dekat sebuah anak sungai, sekitar 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga remaja berkenaan dalam keadaan tidak berpakaian tetapi sempurna.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata ibu bapa remaja berkenaan membuat pengesahan itu selepas proses pengecaman mayat di Hospital Tunku Jaafar (HTJ) lewat petang semalam.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dilaporkan hilang masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

“Operasi SAR tidak berhenti lagi untuk kita jalankan siasatan lanjut. Kita tunggu keputusan bedah siasat (sahkan mayat Nora),” katanya pada sidang media malam tadi.

Terdahulu, dalam satu sidang media di Balai Polis Pantai, di sini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata mayat Nora Anne ditemui sepasukan pendaki sukarelawa­n yang menyertai operasi SAR berhampira­n kawasan anak sungai, dalam lingkungan radius pencarian.

Bagaimanap­un, katanya, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kes itu mempunyai unsur jenayah sehingga proses bedah siasat selesai yang dijangka dilakukan hari ini di Hospital Tunku Jaafar (HTJ), Seremban.

Bedah siasat akan dilakukan oleh Pakar Patologi Kanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 10 pagi ini.

Turut berada di Unit Forensik HTJ ialah Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan.

Pada masa ini, Mazlan berkata siasatan masih mengikut kes orang hilang.

Mayat dibawa keluar daripada lokasi menggunaka­n helikopter dan terus diterbangk­an ke HTJ.

“Kita mempunyai sebab yang kukuh untuk percaya mayat itu adalah dia (Nora Anne). Buat masa ini kita tidak dapat pastikan tarikh kematian dan kena tunggu hasil bedah siasat untuk maklumat lanjut.

“Mayat itu tidak berpakaian. Kita jumpa berhampira­n anak sungai di kawasan berlurah dianggarka­n sejauh 2.5 kilometer (km) dari resort penginapan (Nora Anne dan keluarga).

“Kawasan itu juga termasuk dalam lingkungan radius operasi

Mayat Nora Anne ditemui sepasukan pendaki sukarelawa­n yang menyertai operasi SAR berhampira­n kawasan anak sungai, dalam lingkungan radius pencarian.

Mazlan Mansor,

Timbalan Ketua Polis Negara

lagi pintu masuk resort berkenaan, yang disusuli petugas media yang ingin tahu apa yang berlaku.

Unit Forensik Polis dan bomba dilihat memasuki kawasan itu pada jam 3.15 petang.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [Foto Reuters] ?? Pasukan menyelamat membawa mayat Nora Anne dengan helikopter ke HTJ, di Seremban, semalam.
[Foto Reuters] Pasukan menyelamat membawa mayat Nora Anne dengan helikopter ke HTJ, di Seremban, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohamad bersama anggota polis di lokasi pencarian.
Mohamad bersama anggota polis di lokasi pencarian.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ahli keluarga Nora Anne tiba sebaik jenazah remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, semalam.
Ahli keluarga Nora Anne tiba sebaik jenazah remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, semalam.
 ??  ?? Mayat Nora Anne dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat, semalam.
Mayat Nora Anne dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia