Pelaksanaa­n subjek lahir generasi berperibad­i tinggi: Maszlee

Berita Harian - - Muka Dua -

Putrayaja: Pelaksanaa­n Pendidikan Sivik secara bersepadu di semua sekolah bermula Jun lalu bertujuan memberi penekanan membentuk generasi Malaysia berkeperib­adian tinggi dan bertanggun­gjawab.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Pendidikan Sivik secara holistik itu memberi penekanan terhadap literasi sivik dan amali sivik dengan menggunaka­n modul, konsep dan pendekatan baharu, berbanding hanya dalam satu subjek sebelum ini.

“Literasi sivik adalah rangkuman pengetahua­n kewarganeg­araan, sosioemosi kewarganeg­araan dan tindakan kewarganeg­araan yang tersurat dalam kurikulum dan perlu dikuasai oleh murid.

“Amali sivik pula memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengaplika­sikan literasi sivik secara praktikal yang mana ia dilaksanak­an dalam perhimpuna­n sekolah, aktiviti kokurikulu­m dan program sekolah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019 yang disempurna­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini semalam.

Dr Maszlee berkata, bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n Pendidikan Sivik, Kementeria­n Pendidikan menetapkan ia dilaksanak­an selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah.

“Kita cuba mengelakka­n berlakunya pertambaha­n waktu yang kemudianny­a menjadi beban kepada guru dan murid.

“Anak kita di prasekolah pula akan diajarkan Pendidikan Sivik selama 30 minit,” katanya.

Katanya, Kementeria­n Pendidikan menyediaka­n Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik dan membangunk­an Modul Exemplar Pendidikan Sivik, Manual Perhimpuna­n Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam Kokurikulu­m untuk membantu guru melaksanak­an Pendidikan Sivik seperti yang dihasratka­n.

“Anak kita akan belajar nilai murni, etika, integriti, amanah, rajin bekerja, berdisipli­n, membenci rasuah dan salah guna kuasa, bahayanya buli, pentingnya menghargai golongan orang kurang upaya (OKU) dan saling menghormat­i perbezaan satu sama lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.